Archive for April 2009
Aweera nyanyi ‘Sampai Syurga’
Jumaat ini ialah pertandingan akhir musim ketiga ‘One In A Million’ (OIAM3). Saya tak sempat nak buat ulasan untuk episod yang lepas.

Senarai lagu untuk malam esok telah ada. Mereka akan menyanyikan dua lagu. Satu lagu ciptaan baru untuk mereka dan satu lagu yang akan dinyanyikan semula.
Baca baki entri ini »
Faizal Tahir luahkan perasaan dengan Corntoz
Dekat Gua.com.my ada iklan Corntoz Faizal Tahir. Ingatkan kalau klik tu dapatlah tengok lagi gambar Faizal rupanya tidak. Pergi laman web rasmi Corntoz. Tapi ni gambar lama.
28.04.09 Selamba, meriah dan menghiburkan
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
Kemunculan sekumpulan lelaki terpilih dalam pelbagai cabang dunia hiburan memeriahkan acara Minggu Setiausaha
DEWAN Grand Ballroom Hotel Istana dihias indah dengan bunga-bungaan segar menandakan ada acara istimewa sedang berlangsung. Di luar dewan kelihatan sekumpulan jejaka yang kelihatan segak menyarung tuksedo sambil kerlipan cahaya lensa tidak henti-henti menyimbah wajah mereka.
Senyuman tidak henti-henti menghiasi wajah mereka. Ada yang dikenali dan ada juga pertama kali dilihat. Namun satu perkara yang dikongsi lelaki-lelaki ini adalah mereka yang berjaya mencipta nama dan populariti menerusi bakat yang dimiliki.
Baca baki entri ini »
Beautiful You & Joon di Korea Plaza
Wah, ini peluang baik untuk peminat drama Korea terutama peminat bagi aktor terkenal Bae Yong Joon untuk menghabiskan peluang bersama. Tapi kalau berminat dengan barangan kosmetik ‘The Face Shop’ jenama dari Korea. Jangan lepaskan peluang ini.
27.04.09 Tunggu surat rasmi
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
Selepas enam tahun bersama KRU Studios, kini mahu tampil dengan identiti baru, lebih segar
SELEPAS kira-kira enam tahun bernaung di bawah label KRU Studios, Ezlynn akhirnya mengucapkan selamat tinggal pada syarikat rakaman yang banyak membantu mengangkat namanya sebaris penyanyi terkenal lain di negara ini.
Bermula dengan lagu Hi Hi Bye Bye dan berakhir dengan Jikalau Aku, lebih setahun yang lalu, KRU memperkenalkan Ezlynn sehingga dia mengukir nama sebagai penyanyi yang mempunyai identiti dan kemampuan tersendiri.




