Faizal Tahir di Anugerah Bintang Popular 2008
Faizal Tahir telah dicalonkan dalam kategori ”Pengacara TV Lelaki Popular’ untuk Anugerah Bintang Popular 2008 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada 12 April 2009 yang lalu. Dia tercalon dalam kategori tersebut sebab dia menjadi pengacara Gangstarz musim kedua bukan sebab album tercalon atau sebab nyanyian. Saya pun keliru macam tu. Tapi dia tak menang, takpe pun.
Apa yang penting dia telah membuat persembahan penutup pada malam itu. Menyanyikan lagu terbaru iaitu ‘BenCinta’.
Ini persembahan kali pertama untuk lagu ini. Tiada adegan buka baju walaupun di akhir persembahan dia buka butang baju je. Persembahan dimulakan dengan persembahan gendang Cina. Siap ada penari b-boy. Lepas tu ada dua orang pemain gitar dan Faizal Tahir di tengah. Sempat juga tukar lirik lagu tu. Mula-mula saya tak perasan tapi lepas tengok kat Youtube baru perasan. Minit 2.32 Faizal tukar lirik lagu “apa yang kau tunggu mahu aku buka baju“. Terdapat juga masalah teknikal pada mikrofon sebab lepas tu tak dengar suara dia.
Dalam Bintang Popular 19/04/2009 Ahad, tiada ulasan mengenai Faizal Tahir langsung. Ini artikel dari Berita Harian tapi tiada ulasan sedikit pun mengenai Faizal Tahir. Apa guna Faizal buat persembahan. penutup tirai. Saya rasa Faizal punya persembahan lagi bagus dari sesi Kristal dan artis-artis 60-an.
Persembahan memang menarik. Memang dia nampak muda dengan imej baru ini. Baju ala tentera. Ada 3 calit sarjan. Harap-harap dia boleh tercalon untuk ‘Penyanyi Popular’ tahun depan. Ini saja gambar yang dapat saya cari. Tapi tak fokus kat muka pun.
Ada gambar persembahan lagi. :)






Ni mungkin lepas majlis atau semasa parti akhir.

Gambar: Gua.com.my, minaq_jinggo, MrManager/Subhikarim


[...] ini membuatkan saya tertanya kumpulan apakah yang membuat persembahan di SINI. Tak lama lagi ada juga kumpulan b-boys yang akan membuat persembahan di [...]
Freestylz ke Korea « Langit Biru
Mei 7, 2009 at 12:10 pm
[...] Mari kita layan persembahan Faizal Tahir semasa di Anugerah Bintang Popular yang lalu. [...]
Akim nyanyi Bencinta untuk finale « Langit Biru
Mei 12, 2009 at 5:25 pm