Sabtu 9 Mei 2009, ada siaran ulangan untuk Zoom In@RTM’. Penyanyi utama ialah Adam dan Farah. Artis undangan ialah Izwan Pilus, Faizal AF4 dan Faizal Tahir. Lebih kurang untuk artis realiti.
Saya sudah tengok masa disiarkan pada 2007. Lama dah tu. Tapi Sabtu lepas bila bosan-bosan tak tau nak buat apa dan tonton apa. Di Astro Info tu letak waktu rancangan ini pada pukul 2.30 – 4.00 petang.
Tapi tengok separuh jalan hanya bila Faizal Tahir buat persembahan. Tak tahu la kalau saya ada terlepas apa-apa ke. Sebabnya masa saya tengok dulu Izwan Pilus nyanyi dua buah lagu Kembali Senyum dan satu lagu English. Tapi hanya ada lagu English semasa saya lihat tu. Faizal Tahir juga hanya nyanyi lagu medley.
Tak logik pula rasanya kalau tiada persembahan Mahakarya Cinta. Bila mencari di Youtube, memang ada persembahan itu. Lagi satu di Muzik Aktif macam sudah di-edit menjadi singkat. Mungkin ada 2,3 lagu dipotong. Tapi kenapa. Tak suka ada satu baju Farah dalam rancangan ini. Dress biru batik.
Mari kita lihat persembahan Faizal Tahir. Suka betul nak bagi komen ni. Tapi inilah gaya yang paling tak menarik sekali. Baju dan rambut memang tak boleh blah. Siapa lah yang menggayakan rambut dia ni. Adakah staf RTM atau cik Faizal punya sendiri.
Hapus Aku (Duet bersama Faizal AF4) & Mahakarya Cinta – dinasihatkan tunggu sehingga habis muat turun dan cepatkan ke ‘Mahakarya Cinta’
Medley I Don’t Want to Be/We Will Rock You/L.O.V.E
Bagilah Faizal Tahir untuk buat persembahan penuh di Zoom In. Ramai artis baru lain selepas Faizal Tahir telah membuat persembahan dalam rancangan itu tetapi Faizal Tahir hanya sekali (kalau tak salah) itupun hanya sebagai artis undangan. Saya percaya jika Faizal Tahir membuat persembahan mesti ramai lah peminat yang datang sampai penuh auditorium tu.