Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Julai 2009

Kim Tae Woo di konsert Stars On Stage

Komen anda »

Pada 26 Mei sehingga 31 Mei 2009 yang lalu, Kim Tae Woo telah mengadakan konsert siri ‘Stars on Stage’. Konsert ini disertai oleh beberapa orang penyanyi di mana mereka akan membuat persembahan bermula pertengahan Mei yang lalu dan berakhir pada bulan lepas.

Image Hosted by ImageShack.us

Dewan konsert yang boleh memuatkan 350 orang sahaja pada setiap malam dan peminat dapat menyaksikan dengan dekat nyanyian Kim Tae Woo.

Pada setiap malam juga, terdapat penyanyi undangan yang diundang untuk memeriahkan lagi konsert. Tidak lengkap rasanya jika dia tidak menjemput ahli kumpulan god iaitu Danny Ahn dan Son Ho Young. MC Mong, Suho serta Rain juga turut serta pada malam yang berlainan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Julai 31, 2009 at 3:16 pm

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu keempat Julai 2009

Komen anda »

Memang saje lambat nak kemaskini untuk minggu ini. Tunggu dan lihat je. Minggu lepas memang saya tak mendengar radio atau menonton Muzik Muzik untuk mengetahui kedudukan carta.

Macam mana nak cakap ye. Kenapa kita kurang rancangan muzik secara mingguan di mana para penyanyi membuat persembahan setiap minggu. Saya membandingkan antara rancangan muzik di Korea dan Jepun kerana saya mengikuti  perkembangan mereka.

Senang cerita macam ni lah, cuba tengok carta di bawah. Siapakah artis berikut yang telah mempunyai video muzik untuk lagu yang berada di dalam carta?

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Julai 31, 2009 at 9:02 am

Drama Worlds Within di 8TV

Komen anda »

Drama ini sedang disiarkan di 8TV. Saya tak sedar pula ada drama Korea  baru. Tapi saya bukanlah minat sangat para pelakonnya. Tambahan pula jika drama yang disiarkan dalam bahasa Mandarin.

Drama Jepun boleh pula disiarkan sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Tapi takpe nanti kalau saya sempat tengok nak tau dalam bahasa Mandarin atau bahasa asal Korea.

Image Hosted by ImageShack.us

Maklumat:
SLOT TEATER HITO IDOL: ‘Worlds Within’
Saluran: 8TV (708 untuk Astro)
Tarikh Siaran: 4 Julai 2009 – 17 Oktober 2009
Masa Siaran: Setiap Sabtu , 6.30pm – 8pm
Pelakon : Hyun Bin, Song Hye Kyo

Jangan teruskan jika taknak tau penamat drama ini.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Julai 30, 2009 at 9:01 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , ,

David Archuleta di Kuala Lumpur

Komen anda »

David datang dan dia pergi. Pada bulan April yang lepas, dia telah datang untuk mengadakan persembahan di Sunway Lagoon, Malaysia. Saya tak pergi sebab dapat tahu pada saat terakhir dan tak tahu mana nak dapatkan tiket. Walaupun percuma tapi masih kena ada tiket masuk.

Ini gambar semasa sidang akhabar. Sungguh comel dia berbaju melayu dan memakai songket.
Image Hosted by ImageShack.us

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Julai 30, 2009 at 3:08 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

KBS Music Bank kini secara langsung

Komen anda »

Mulai Jumaat lepas KBS World menyiarkan Music Bank secara langsung dari Korea. Maksudnya, siaran ini sama seperti yang disiarkan dari Korea. Cuma tiada sari kata dalam bahasa Inggeris kerana disiarkan secara langsung.

Ini waktu siaran terkini bermula dari 21 Julai 2009 untuk Music Bank. Waktu yang dinyatakan untuk Kuala Lumpur dan yang sewaktu dengannya.
* Selasa @ 6pm (Siaran pertama : sarikata Inggeris – waktu tidak berubah)
* Khamis @11:20pm (Siaran ulangan : sarikata Inggeris – waktu baru)
* Jumaat @ 5:40pm (Waktu baru, SIARAN LANGSUNG, tiada sarikata)

Untuk siaran hari Selasa dan Khamis, lewat dua minggu dari yang disiarkan di Korea. Saya terlepas semalam, nanti saya akan tengok ulangan esok. Saya akan kemaskini entri ini nanti. Sekarang saya mempunyai sebab untuk berada di rumah pada hari Jumaat.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Julai 30, 2009 at 9:03 am

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.