Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Ogos 2009

Terkini dari Twitter JYP #4

Komen anda »

Jika pada minggu lepas, JYP jarang mengemaskinikan Twitternya, minggu ini banyak kemas kini daripada dia.

Dia amat sibuk. Pulang sebentar ke Korea untuk menyiapkan album 2PM dan terbang kembali ke Amerika Syarikat untuk bersama Wonder Girls. Gambar-gambar berikut dari twitter-nya.

Nak tau apa lagi yang dia buat.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 31, 2009 at 9:02 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,

Terkenang berpuasa zaman kanak-kanak

Komen anda »

Oleh Faizal Tahir (30 Ogos 2009, B*Pop)

ASSALAMUALAIKUM. Alhamdulillah, kita semua dipertemukan lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Diharapkan pembaca setia, khususnya yang beragama Islam, dapat menunaikan ibadat puasa lebih sempurna berbanding tahun sebelumnya. Inilah bulan yang dihadiahkan Allah untuk hambanya melipat gandakan pahala dengan beribadah dan melakukan kebaikan.

Image Hosted by ImageShack.us

Faizal bersama dua anak kesayangan.

Lazimnya, Ramadan selalu dikaitkan bulan berehat untuk golongan artis termasuk saya sendiri. Namun, ini tidak bermakna bulan mulia ini disia-siakan begitu saja. Sedangkan Allah menuntut bulan ini digunakan sebaik mungkin dan tidak dijadikan puasa sebagai alasan berehat dan menunggu waktu berbuka saja.

Cuma, apabila golongan penyanyi seperti saya mengatakan bulan puasa akan digunakan untuk berehat, itu hanya bermaksud berehat daripada terbabit dengan aktiviti hiburan dan pertunjukan pentas sebagai menghormati bulan mulia ini. Sebaliknya, bulan ini adalah bulan ditunggu-tunggu untuk menghabiskan masa dengan ayah ibu dan ahli keluarga lain yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita semua.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 30, 2009 at 7:48 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

KRU Studios perjelas isu kontroversi ‘Enigmatic Malaysia’

with 2 comments

Jumaat Ogos 28, 2009 (mStar Online)

SIRI dokumentari ‘Enigmatic Malaysia’ terbitan KRU Studios dan diberikan hak penyiarannya kepada Discovery Channel di 21 buah negara telah menimbul kontroversi di kalangan media Indonesia baru-baru ini.

Salah faham itu tercetus kerana ‘promo’ yang disunting oleh pihak Discovery Networks Asia-Pacific untuk mempromosikan siri dokumentari tersebut yang turut menonjolkan gambar tarian Pendet (dari Bali, Indonesia) dan telah disalahertikan sebagai iklan mempromosi industri pelancongan Malaysia diperingkat antarabangsa.

Gambar tarian Pendet ini telah diperolehi oleh Discovery daripada pihak ketiga dan bukannya dari pihak KRU Studios sendiri.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 28, 2009 at 6:59 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Carta K-Pop untuk minggu keempat Ogos 2009

Komen anda »

Minggu ini saya lambat sikit nak buat kemaskini carta K-Pop atau lagu Korea yang sedang popular buat masa ini.

Minggu lepas carta dikuasai oleh kumpulan perempuan dan kali ini mempunyai juara baru. Semua lagu rancak yang berada di dalam carta dan mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. Lihat sahajalah persembahan mereka yang dilakukan hampir setiap minggu untuk mempromosikan album mereka.

Ini ialah penyanyi MC Mong telah mengeluarkan lima album setakat ini dan merupakan antara mereka yang popular di sana. Dia bukan sahaja boleh menyanyi hip hop, malahan menulisĀ  lirik dan mencipta lagu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 28, 2009 at 1:08 pm

Video muzik Mawi terbaru Sujud

Komen anda »

Akhirnya setelah lagu ‘Sujud’ dan album baru Mawi berada di pasaran untuk beberapa ketika. Video muzik ini telah menyusul. Lamanya juga tunggu. Saya ingat semasa lagu ini telah ada, saya mencari video muzik lagu ini tapi tiada.

Kenapa tak buat sekali terus. Tapi ini memang saya perasan budaya industri tempatan. Lagu dah lama di radio baru nak buat atau keluarkan video muzik. Sepatutnya benda ini berlaku serentak.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 27, 2009 at 9:09 am

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.