Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kelima Oktober 2009

leave a comment »

Carta terakhir untuk bulan Oktober. Musim luruh kali ini, ramai penyanyi solo lelaki kembali. Memang saya suka. Boleh dikatakan penyanyi lelaki yang berada dalam carta kali ini ialah kegemaran saya. Mereka mempunyai suara dan bakat yang telah diketahui ramai.

Dalam carta kali ini kita mempunyai juara baru setelah Kim Tae Woo memegang carta untuk empat minggu.


Ini ialah kumpulan hip hop Lee Ssang. Lagu-lagu duo ini memang menarik sebab muzik mereka tidak terhad kepada hip hop sahaja. Mereka banyak bekerjasama dengan ramai artis dalam setiap album mereka. Gil dan Gary mempunyai suara yang berbeza dan senang untuk dibezakan. Gil juga telah muncul dalam banyak rancangan hiburan.

1. Lee Ssang (feat. Jung In) – 헤어지지 못하는 여자, 떠나가지 못하는 남자 (Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave)
Genre
: Hip-hop
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Hexagonal
Lihat: Persembahan
Komen: Duo hip-hop Lee Ssang kini mengambil alih tempat menjadi juara pada minggu ini dengan lagu hit mereka “Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” dari album keenam mereka “Hexagonal”. Duo ini telah mengesahkan tempat dalam muzik arus perdana dengan album keempat pada 2007, dengan lagu “Ballerino”. Walaubagaimanapun, untuk album kelima mereka tidak aktif membuat persembahan dan promosi. Kini dengan album keenam mereka telah bertukar label dan menyertai Jungle Entertainment untuk permulaan yang baru. Mempunyai tajuk tajuk lagu yang paling panjang untuk lagu pertama mereka iaitu Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” menampilkan vokal indah penyanyin R&B Jung In, yang selalu ditampilkan dalam lagu Lee Ssang. Lagu ini telah berada di puncak dalam semua carta muzik Internet di Korea ketika ini.

2. Kim Tae Woo – 사랑비 (Love Rain)
Genre: Pop
Muzik: Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Tae Woo
Album: Trek 3 – Album mini “T-Virus”
Lihat: Persembahan
Komen: Dua minggu lepas, Kim Tae Woo menjadi juara dengan perbezaan yang kecil. Minggu ini juga berlaku perkara yang sama tetapi dia di tempat kedua pada minggu ini. Tidak seperti lagu dia sebelum ini, lagu “Love Rain” lebih rancak. Dihasilkan bersama oleh Kim Tae Woo dan Lee Hyun Seung, mereka mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan lagu ini. Lagu ini yang dapat menusuk kalbu dan telinga dengan kombinasi melodi yang rancak, vokal yang harmoni dan susunan lagu yang bagus.

3. Wheesung – 주르륵 (Rain Falling)
Genre
: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Wheesung
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Vocolate
Lihat: Persembahan
Komen: Seorang lagi penyanyi kegemaran saya, iaitu Wheesung kembali dengan album baru. Wheesung mengeluarkan album keenam berjudul “Vocolate” yang dihasilkan sepenuhnya oleh dia sendiri dan judul album ini menggabungkan perkataan ‘Vocal’ dan ‘Chocolate’. Tajuk lagu pula ialah “Rain Falling” yang dihasilkan sepenuhnya oleh Wheesung. Lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang meninggalkan kekasihnya dan menahan air matanya dari jatuh tetapi dengan titis hujan yang turun membuatkan dia seperti menangis.Lagu ini menunjukkan dengan jelas kenapa Wheesung antara penyanyi yang hebat di Korea. Dengan melodi dan susunan lagu yang kompleks, tidak ramai penyanyi yang boleh melakukannya tetapi Wheesung membuatkan ia nampak mudah.

4. Park Hyo Shin – 사랑한 후에 (After Love)
Genre :
Pop Ballad
Muzik: Kim Do Hoon, Hwang Se Jun / Lirik: Kang Eun Kyung, Choi Kap Won
Album: Trek 2 – Vol. 6 – Gift : Part 1
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu balada ini ialah trek utama dari album keenam Park Hyo Shin iaitu “Gift – Part 1”. Ia menampilkan bunyi yang indah dari piano dan orkestra, irama yang rumit, lirik yang puitis dan vokal unik Park Hyo Shin. Dengan video muzik yang berskala besar yang dirakamkan di Switzerland menampilkan pelakon Park Si Yeon dan Park Yong Ha.

5. T-Ara & Cho Shin Sung – TTL (Time To Love)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Kim Do Hoon / Lirik: Hwang Sung Jin, Rhymer, Joo Suk
Album: Trek 1 – Single digital TTL
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu hip hop ini menggabungkan T-ara dan Cho Shin Sung dalam album single digital pertama mereka. Lagu yang segar ini menggabungkan irama hip hop dan bunyi elektronik dan melodi Korea. Cho Shin Sung telah kembali dengan lagu ini membuat persembahan bersama T-ara setelah tidak aktif selama dua tahun. T-ara juga menunjukkan tarian baru.

6. Lee Seung Chul – 사랑 참 어렵다 (Love Is So Difficult)
Genre
: Pop Ballad
Muzik + Lirik: Hong Jin Young
Album: Trek 1 – Vol. 10 (CD + DVD) (Album Pek Semula)
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini ialah judul untuk album kesepuluh pek semula Lee Seung Chul. Seperti permata yang lebih bernilai selepas seketika, begitu juga dengan suara Lee Seung Chul yang indah. Diharmonikan dengan melodi lembut lagu balada ini. Kim Jung Eun dan Yoon Sang Hyun yang berlakon dalam muzik video ini sebagai pasangan kekasih yang masih mencintai walaupun telah berpisah.

7. Lee Seung Ki – 우리 헤어지자 (Let’s Break Up)
Genre
: Balada Pop
Muzik: Kim Do Hoon, Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Do Hoon, Hwang Sung Jin
Album: Trek 3 – Vol. 4 Shadow
Lihat: Persembahan
Komen: Selepas membintangi drama “Brilliant Legacy” yang mendapat rating tertinggi untuk tahun ini, Lee Seung Ki telah mengeluarkan single digital “Will You Marry Me” terlebih dahulu. Tajuk lagu “Let’s Break Up” ini telah berada di tangga ketujuh minggu ini. Ia dihasilkan oleh komposer terkenal Kim Do Hoon dan Lee Hyun Seung. Lagu balada sedih ini menunjukkan kemahiran vokal Lee Seung Ki.

8. MC Mong – 호러쇼 (Horror Show)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 3 – Vol. 5 Horror Show (Album Repek)
Lihat: Persembahan
Komen: Pada awal musim panas yang lalu, MC Mong telah mengeluarkan album kelima dan telah berjaya. Kini dia mengeluarkan pula versi repek untuk album ini yang mengandungi tiga lagu baru. Sesuai untuk merayakan Halloween, lagu yang sesuai dengan tema ini ialah “Horror Show”. Lagu ini yang dihasilkan sepenuhnya oleh MC Mong dan menampilkan pelawak Kang Ho Dong dan kumpulan eletronika W & Whale. Lagu ini mempunyai irama hip hop dengan melodi yang rancak.

9. SHINee – Ring Ding Dong
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Yoo Young Jin
Album: Trek 3 – Album Mini 2009, Year of Us
Lihat: Persembahan
Komen: SHINee telah mengeluarkan album mini ketiga yang berjudul “2009, Year of Us”. Sebelum ini mereka mempunyai single berjudul, Juliet. Tajuk lagu untuk album ini ialah “Ring Ding Dong,” yang mempunyai irama Congo Afrika dan muzik kontemporari yang mempunyai sedikit sintesizer elektrik. Irama yang kuat dan rancak dapat menarik perhatian dengan segera. Lagu ini menceritakan tentang saat jatuh cinta dengan bunyi loceng bermain di telinga.

10. MBLAQ – Oh Yeah
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini – Just Blaq
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan ini ialah anak didik Rain dan menjadi perhatian ramai. MBLAQ ialah bermaksud Music Boys Live in Absolute Quality, mempunyai lima ahli terdiri ketua kumpulan iaitu Seung Ho (22) juga yang paling tua. Vokalis utama ialah G.O (Jung Byung Hee) yang pernah menganggotai kumpulan TYKEYS. Adik beradik popular iaitu Mir (Bae Chul Young), adik kepada pelakon Go Eun Ah dan Cheong Dung (Park Sang Hyun) adik kepada Sandara dari 2NE1 yang merupakan rappers kumpulan. Akhir sekali, ialah Lee Joon iaitu vokalis yang turut berlakon sebagai Rain sewaktu kecil dalam filem Ninja Assassin. MBLAQ telah menjadi artis jemputan dalam konsert jelajah Rain iaitu Legend of Rainism di Korea dan kini telah tampil untuk pertama kali di khalayak ramai. Album mini MBLAQ mempunyai tiga lagu termasuk lagu Oh! Yeah.

Written by Langit Biru

November 4, 2009 pada 10:55 pm

Tinggalkan komen