Teaser kedua dari 2PM
Selepas mengeluarkan lagu baru bertajuk Tired of Waiting, dan laman web rasmi telah berhenti pada pukul 1.59pm waktu Korea kini menunjukkan teaser untuk lagu kedua mereka bertajuk I Was Crazy About You beserta gambar.
Menurut wakil dari JYP Entertainment, “Lagu yang berjudul ‘I Was Crazy for You‘ dari 2PM yang akan berada dalam album penuh 2PM akan menunjukkan sisi yang lebih matang dari setiap ahli. Dan lebih banyak lagi promosi teaser untuk kumpulan ini yang akan disiarkan di laman web rasmi.”
Lagu penuh album ini boleh didapati di portal muzik Korea pada 6hb November 2009. Teaser lagu ini menarik walaupun berulang kali menyebut ayat yang sama.
Hari ini Nick Khun, salah seorang ahli dalam 2PM telah menulis dalam twitter-nye “tired of waiting…“. Mungkin untuk promosi album mereka. Tapi ini kali kedua dia berbuat demikian setelah sekian lama dia mempunyai akaun tersebut.
Perasan tak persamaan di antara dua gambar ini. Di sebelah kiri ialah kulit album kumpulan Shinhwa dari album kesembilan sebelum separuh dari mereka pergi menunaikan haji menjalani khidmat negara dan di sebelah kanan pula ialah gambar dari kumpulan 2PM. Sama tapi tak serupa kan.
Terima kasih kepada pembaca farisyung* yang sudi berkongsi tips.


