Archive for Disember 2009
Di belakang tabir video muzik ‘I Know’
Ini koleksi gambar Son Ho Young semasa pembikinan video muzik I Know setahun yang lalu. Video muzik ini memang menarik sebabnya Son Ho Young yang seksi ini. Dia menghabiskan masa untuk membentuk badan agar menjadi lebih menarik.
Sila tengok sampai habis ye.
Kim Bum Soo Dreamy Radio 07.11.2009
Untuk kali ini Kim Bum Soo bersama dengan pembaca berita MBC. Saya tak pasti untuk TV atau radio sebab saya tak tengok berita Korea, lagipun MBC tiada di ASTRO. Tapi tengok lah mereka ni kalau betul pembaca berita kan.
Nama mereka seperti yang saya cuba baca ialah Heo Il Hoo dan Seo In. Mereka ialah pembaca berita di TV dan radio untuk stesen MBC. Kali ini hanya klip audio sahaja
Kim Tae Woo dan Danny Ahn di Chin Chin Radio
Saya baru je jumpa gambar-gambar ini. Persembahan di radio dah lama tengok. OK. Pada 7 Oktober yang lalu, Kim Tae Woo dan Danny Ahn telah menjadi tetamu undangan di Tae Yeon ChinChin Radio.
Gambar ini dari telefon Kim Tae Woo atau lebih popular sebagai sel-ca. Macam biasa Kim Tae Woo akan menyanyikan beberapa lagu. Saya tak menyangka yang Danny akan turut serta. Mungkin dia bosan di rumah lalu mengikut Kim Tae Woo ke stesen radio. Ye, lah, sebab siaran ini di waktu malam.
Kim Tae Woo dan Danny Ahn menyanyikan lagu dari album god. Nyanyian secara langsung dan ada juga dengan iringan muzik.
Danny Ahn dalam Go Dream Team Ep.1
Ini ialah rancangan baru di KBS World iaitu Let’s Go! Dream Team Season 2 pada setiap hari Ahad pada pukul 4.10 petang. Rancangan ini ada sarikata English.
Rancangan ini berbentuk fizikal di mana selebriti lelaki Korea yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pelawak akan bergabung membentuk satu kumpulan. Mereka akan menentang kumpulan lawan yang terdiri daripada pasukan beruniform, sukan dan sebagainya.
Terdapat selebriti tetap dan yang akan muncul sekali sahaja dalam setiap episod. Untuk episod ini, para selebriti terdiri daripada Minho (SHINee), Lee Wan (pelakon), Eunhyuk (Super Junior), Jo Sung Mo (penyanyi), Danny Ahn (god) dan Lee Sang In (pelakon).
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Epi. 5
Ini gambar-gambar dari episod kelima Invincible Youth. Mungkin ni pagi lagi dan cuaca tidak sejuk sangat. Setiap minggu mereka akan diberi tugasan yang berbeza. Kesian juga lah tengok budak-budak bandar ni buat kerja kampung kan.
Ini semasa sesi bersenam mereka. Kim Shin Young sedang membuat aksi yoga sambil dibantu oleh Kim Tae Woo di belakangnya. Macam adik beradik pula mereka berdua ni. Dah ler nama keluarga sama.





