[21.03.2010] Sambutan hari lahir Son Ho Young
Setiap tahun, kelab peminat Son Ho Young akan mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk Son Ho Young. Tahun ini majlis tersebut telah berlangsung seminggu lebih awal dari tarikh ulang tahun Son Ho Young kerana dia mempunyai jadual yang padat.
Son Ho Young telah berumur 30 tahun pada tahun ini dan 31 jika mengikut umur cara Korea tapi dia tak nampak tua pun. Itulah kelebihan dia.
Di bawah ini banyak gambar Son Ho Young. Sila berwaspada.
Saya tak suka gaya rambut ini. Tapi dia comel sangat, takpe lah boleh dimaafkan.
Mesti dia juga menyanyi ini. Sempat juga tukar baju.










