Arkib untuk Kategori ‘Artikel’
[31.03.2010] Showdown 2010 Ep. 1
Saya baru je menyaksikan rancangan realiti terbaru di 8TV iaitu Showdown 2010. “Rancangan Showdown 2010 ini adalah bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat penari-penari ‘street’ atau ‘freestyle’ yang sudah lama bertapak di Malaysia.”
Saya memang tak pandai menari dan langsung tidak mempunyai kawan yang terlibat dengan dunia tarian. Tapi saya memang berminat melihat aksi tarian jalanan tak pun sebarang tarian. Sejak sekolah lagi saya sudah melihat filem-filem yang berteraskan tarian dan muzik. Sanggup lah mencari info terkini di Internet dan pergi menyewa DVD. Ye, lah filem-filem selalunya dihasilkan dalam bentuk DVD.
Saya juga telah pergi menonton teater hip hop muzikal dari Korea pada tahun lepas apabila mereka mengadakan pertunjukan di sini. Lepas tu 8TV juga ada menyiarkan pertandingan akhir tarian hip hop R16 dari Korea. R16 tak silap saya antara pertandingan tarian street dance yang terkemuka di Korea dan peringkat dunia. Saya tak lah tengok sangat sebab tiada sarikata bahasa Melayu atau English. Tapi nasib baik lah faham sikit bahasa Korea. Patutnya siarkan juga konsert hip-hop artis Korea selepas itu. Woot, Movement Crew.
[28.03.2010] Album Faizal Tahir tak layak ke AIM
Mungkin Diva ni tak pergi sidang akhbar ataupun tak buat kerja rumah dulu. Tapi Kosmo! memang ‘prihatin’ kepada FT ni. Kalau album dah lama siap pun tapi baru nak dikeluarkan apa salahnya.
PENYANYI yang makin popular dengan lagu Selamat Malam ini baru saja meluncurkan album barunya bulan ini. Tiba-tiba, Diva dengar album kedua Faizal Tahir itu sudah pun tercalon dalam Anugerah Industri Muzik untuk beberapa kategori.
Setahu Diva, tarikh tutup untuk menyertai AIM adalah pada bulan Disember lalu. Macam mana pula si Faizal ini dapat bertanding dengan albumnya sedangkan ia baru saja siap?
[21.03.2010] Aku.Muzik.Kamu: Saingan sengit muka baru dan lama
ASSALAMUALAIKUM. Salam sejahtera kepada semua pembaca B*Pop. Tatkala saya menulis artikel ini, saya baru saja pulang dari menghadiri sidang media Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Alhamdulillah, album terbaru saya, Adrenalin tercalon untuk kategori Album Rock Terbaik.
Lagu Bencinta pula tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik dan juga Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Tahniah juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan lain yang tercalon untuk AIM17 ini. Secara keseluruhannya, pencalonan kali ini dilihat sebagai paling sengit dan berkualiti.
Seperti kelaziman, ramai nama baru mendominasi pencalonan bagi setiap kategori. Tidak kurang juga artis senior yang melakukan ‘come back’ dan mendapat banyak pencalonan. Yang paling ketara ialah penyertaan daripada Disagree dan Altimet. Tahniah diucapkan. Pada pemerhatian dan pendapat saya, AIM kali ini menyaksikan satu perubahan yang sangat besar daripada segi kualiti hasil kerja artis yang tercalon bagi setiap kategori. Ini membuktikan industri muzik kita sudah mengambil satu langkah besar dalam memartabatkan hasil karya kreatif tanah air.
[02.03.2010] Cenderahati Eksklusif Super Junior Untuk Rebutan
Populariti Super Junior, kumpulan dari Korea Selatan yang mula melakar nama selepas disatukan menerusi satu sesi ujibakat pada tahun 2005, terus menjalar sehingga meletakkan mereka di antara kumpulan penyanyi berpengaruh di dekad ini.

Untuk siri penjelajahan ‘Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2‘, selain Kuala Lumpur, SuJu akan singgah di Beijing, China; Taipei, Taiwan; dan Manila, Filipina.
Sempena konsert mereka di KL, sebanyak 1,300 set cenderahati eksklusif ditawarkan buat peminat. Cenderahati ini akan mula dijual pada satu sesi pra-jualan yang akan diadakan pada 6 Mac di T-hop Zone, Tingkat 6, Plaza Sungei Wang, KL bermula 12 tengah hari.
KangTa kembali dan bertemu peminat
Putera KangTa kembali!!!
Baru sahaja beberapa hari tamat dari program khidmat negara, Kangta kembali dengan gambar terbaru dan juga mengadakan sesi bertemu peminat.

Gembiranya saya mendengar berita ini dah melihat gambar terbaru KangTa. Macam terangnya dunia ini. Tahun 2010 akan menjadi lebih gemilang dengan kembalinya KangTa dalam dunia hiburan Korea.
Dia telah mengadakan sesi bertemu peminat di Korea pada Sabtu lepas dan mendapat sambutan hangat dari peminat yang telah dua tahun menantinya.

