Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Arkib untuk Kategori ‘Berita

[03.04.2010] Hero moden androgini

Komen anda »

Filem ni dah tayang kat sini? Nak pergi tengok lah. Lagu 2PM ‘Heartbeat‘ ‘Tired of Waiting’ jadi lagu OST untuk filem ni.

DIA merupakan antara bintang popular Korea yang bertuah. Dikesan oleh ejen pencarian model pada usia 19 tahun, Kang Dong Won tidak menyertai dunia hiburan atas keinginannya. Namun, selepas tujuh tahun bergelar pelakon, dia mula menyukai kariernya.

Merupakan pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang, drama Majestic Lady dan 1% of Anything telah membantu melonjakkan namanya sebelum ditawarkan untuk filem pertamanya, Too Beautiful To Lie (2004).

Namun, aktor kacak berusia 29 tahun itu hanya mula menjadi salah seorang pelakon kelas-A di Korea selepas filem Temptation of the Wolves (2004). Dia terus mengejut audiens dengan peranannya dalam filem seperti Voice of a Murderer dan Maundy Thursday.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

April 3, 2010 at 9:27 pm

Dikirim dalam Berita, Filem

Tagged with

[02.04.2010] Faizal Tahir alih kompas ke JB

Komen anda »

TATKALA kebanyakan artis tanah air dilamar menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di hotel ternama sekitar Lembah Klang, penyanyi Faizal Tahir pula mengalih kompas ke Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru untuk menghiburkan kumpulan setiausaha di sana pada 21 April depan.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada Johor), Faizal akan beraksi mulai jam 12 tengah hari. Dijangka berlangsung selama 45 minit, rocker sensasi Malaysia itu menjanjikan persembahan terbaik, mantap dan bertenaga.

Hakikat ini kerana tawaran daripada hotel berkenaan adalah yang pertama kali diterima Faizal bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Bahkan itu juga persembahan solo pertama untuk sambutan berkenaan selepas sering menjadi penyanyi undangan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

April 3, 2010 at 3:24 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

[26.03.2010] Lima bintang buat Suju

Komen anda »

Satu lagi ulasan konsert dari media tempatan. Saya nak buat ulasan ke tak ye. Sebab hampir semua ulasan sama je dengan ape yang ingin saya sampaikan.

TERPUKAU! Itulah kesimpulan yang menterjemahkan kehebatan persembahan ‘boy band’ terbesar di dunia yang dianggotai oleh 13 orang jejaka kacak di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Berdasarkan persembahan ekstravaganza Super Junior itu baru-baru ini ia sebetulnya mengiakan betapa fenomena yang dicetus oleh kumpulan dari Korea bukan kecil.

BERGAYA seperti perempuan ketika mempersembahkan lagu Chu.

Kehadiran mereka ke ibu negara baru-baru ini memperlihatkan bahawa mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan remaja. Selama tiga jam, Super Junior menjayakan konsert Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2 Live In Malaysia 2010 membawa penonton ralit dengan aura mereka.

Bahkan, harus diakui sebilangan besar yang datang menyaksikan konsert berkenaan memberikan lima bintang buat anak-anak muda itu. Persembahan yang mantap disertai dengan nyanyian merdu, tarian yang mempesonakan dan rekaan pentas serta mainan visual yang hebat cukup membuatkan tenaga 15,000 orang penonton yang hadir tidak kering-kering dari awal sehingga habis konsert itu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 26, 2010 at 9:52 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

[25.03.2010] Konsert Super Junior penuh emosi

Komen anda »

BERADA di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil beberapa jam pada Sabtu lalu sebelum konsert band pop paling popular di Asia, Super Junior berlangsung, suasana biru mengaburi mata.

AURA. Super Junior mendendangkan 35 buah lagu pada konsert julung-julung kali mereka di Malaysia.

Ini kerana kebanyakan peminat yang boleh dikatakan 99 peratus adalah perempuan memakai pakaian dan aksesori berwarna biru.

Apabila ditanya, mereka mengatakan warna biru adalah warna rasmi untuk band yang dianggotai 13 jejaka kacak, iaitu Leeteuk, Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum, dan Kyuhyun.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 25, 2010 at 6:09 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

[22.03.2010] Hebatnya Penangan Super Junior!

Komen anda »

Suka ulasan yang ini. Saya baru dapat masuk laman web gua.com.my. Tepat, padat dan mempunyai gambar.

Tak tertidur rasanya para peminat Super Junior (SuJu) malam Sabtu lalu. Apa tidaknya, terkenangkan 10 jejaka dari ‘boyband’ Korea kegilaan ramai itu. Selepas lebih sebulan menanti, akhirnya tiba juga mereka di tanahair walaupun kekurangan tiga anggota – Han Geng, Kang-In dan Kibum.

Meskipun bukan kumpulan lengkap yang menemui 15 ribu peminat yang mengelarkan diri mereka ELF – yang bermaksud ‘Ever Lasting Friends’ – di Stadium Putra Bukit Jalil tetapi jelasnya, tiada seorang peminat pun yang kelihatan terlalu kecewa. Masih ada 10 jejaka untuk mencuci mata mereka, yang sesekali suka mengusik dengan menayangkan bahagian abdomen mereka.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 25, 2010 at 12:35 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.