Arkib untuk Kategori ‘Umum’
[Gosip] Dato’ Siti vs Faizal Tahir
Sebelum ini ada juga gosip mengenai FT tapi sebab tiada nama yang jelas, saya tak letak lah kat blog ni. Nampak sangat tukang bawak cerita ni tak suka dengan FT. Takde pula baca ulasan dari peminat mengenai ini.
Minggu lalu, ramai yang berpeluang menyaksikan konsert ‘Satu Suara’ di Istana Budaya. Konsert yang menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Cik Andalusia difahamkan semua tiket habis terjual.
Tapi, bukan itu yang Cik Andalusia hendak katakan di sini. Sebaliknya cakap-cakap yang timbul sebaik sahaja konsert itu selesai.
Walaupun konsert itu berjaya menambat hati banyak pihak tetapi masih ada cakap-cakap yang tidak sedap didengar sampai ke telinga Cik Andalusia. Ada yang membeza-bezakan kualiti persembahan Faizal dan Siti.
Kim Tae Woo menjadi pengacara Inkigayo
Kim Tae Woo telah menjadi pengacara untuk sehari bagi program muzik SBS Inkigayo pada 27 September yang lalu.
Ini kerana pengacara lelaki iaitu Taecyeon dan WooYoung telah mengambil cuti dari Inkigayo dan pengacara perempuan Ha Yeon Joo terpaksa melakukan seorang diri pada episod 20 September yang lalu kerana telah terlalu lewat untuk mencari pengganti.
Earth Hour Malaysia – 28.03.2009
Apa yang anda lakukan sempena Earth Hour tahun ini? Di rumah atau di kedai mamak. Terdapat juga beberapa acara menarik di sekitar KL seperti Konsert Akademi Fantasia, Hitz 1 akhir, Konsert Farenheit dan sebagainya.
Selamat ulang tahun ke-11 Shinhwa!
Macam nak nyanyi lagu Imran Ajmain pula, “Selamat Ulang Tahun Sayang” LA LA LA.
Earth Hour – Undi untuk Bumi
Saya telah mendaftar untuk Earth Hour pada 28 Mac ini. Tutup suis di rumah, pejabat, sekolah anda untuk satu jam sahaja pada hari Sabtu tersebut bermula pada pukul 8.30 malam. Mungkin anda akan terlepas sekejap perlawanan bola dan juga Konsert Akademi Fantasia. Tak lupa juga Fahrenheit’s Fantasy World Tour Live in Malaysia yang akan berlangsung pada waktu yang sama di Stadium Putra Bukit Jalil




