Arkib untuk Kategori ‘Persembahan TV’
Carta K-Pop untuk Mac minggu keempat 2010
Minggu ini mari kita lihat persembahan penyanyi. Setiap minggu mereka akan membuat persembahan secara langsung. Nyanyi pun LIVE walaupun ada yang lari atau semput sikit. Tak kurang juga dengan hiasan pentas yang menarik. Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat dan bukannya stesen penyiaran.
Sebab itulah persembahan pada setiap minggu sentiasa dinantikan kerana hiasan pentas, pakaian yang akan menjadi perhatian penonton.
Inilah ialah Outsider, penyanyi rap hip hop terpantas sekali di Korea. Mungkin di dunia juga. Saya suka imej dia yang baru ini nampak lebih muda. Dah le comel, kelakar pula tu. Tapi dia penuh berwawasan. Lagu baru dia memang tidak menghampakan. Dari pemuzik underground, dia ke arus perdana dengan sokongan peminat.
Carta K-Pop untuk Mac minggu kedua 2010
Dah masuk minggu kedua. Mari kita lihat persembahan pula. Mereka buat persembahan secara langsung. Kalau ada kesilapan memang boleh perasan. Persembahan mereka di stesen TV kadang-kadang sarat dengan hiasan pentas dan sebagainya. Kalau malas, ringkas jer.
Tapi ini semua untuk menarik perhatian penonton. Setiap minggu ada je perubahan yang berlaku. Mana taknya terdapat beberapa rancangan muzik setiap hujung minggu di Korea.

Kumpulan T-ara tampil dengan imej baru yang lebih seksi. Lagu mereka ok sebab lirik lagu ini ditulis oleh Wheesung.
Carta K-Pop untuk minggu kelima 2010
Dah masuk bulan Februari pun. Carta kali ini tidak banyak berubah tetapi mempunyai juara baru. Kali ini carta dikuasai oleh penyanyi perempuan samada solo atau berkumpulan.

Inilah Hyu Ah, penyanyi dari kumpulan 4minute. Dia mempunyai lagu solo yang baru. Dia juga salah seorang ahli dalam rancangan ‘Invincible Youth‘, nampak berbeza kan. Lagu solo dia rancak dan tarian yang menarik.
Kim Bum Soo di Sketchbook
Rancangan muzik kontemporari di KBS kegemaran saya ialah Yoo Hee Yeol’s Sketchbook. Yoo Hee Yeol ialah pengacara rancangan ini. Dia seorang komposer yang berbakat besar.
Pada episod yang ke-19 iaitu 11 September 2009 yang lepas, terdapat satu episod khas yang diberi nama “Vocalist” kerana penyanyi yang membuat persembahan mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri.
Berdasarkan gambar di atas dari kiri ialah Jung Yup, Jung In, Kim Bum Soo, Kim Yeon Woo dan Yoo Heol. Sebab ada Kim Bum Soo lah saya sanggup berjaga tengah malam untuk menyaksikan episod ini di KBS World.
Kim Tae Woo di SBS Gayo Daejun
Pada setiap hujung tahun, stesen TV utama di Korea akan mengadakan rancangan hiburan istimewa di mana selama tiga hari para penyanyi akan membuat persembahan di stesen tv tersebut. Saya memang kagum dan hormat kepada semua artis yang mengambil bahagian. Bayangkan jika seorang penyanyi terlibat untuk membuat persembahan di ketiga-tiga stesen TV tersebut. Mesti perlukan persiapan dan latihan yang secukupnya.
Ini ialah gambar di sebalik SBS Gayo Daejun yang berlangsung pada 29 Disember 2009. Stesen TV SBS kali ini mempunyai rancangan yang menarik sekali.
Rasanya ini sewaktu latihan sebab TaeWoo seorang je yang berpakaian penuh. Artis yang lain masih lagi dalam pakaian biasa. Sebelah Tae Woo tu Chang Min (2AM). Comelnya dia. Tapi yang sebelah kanan tu macam TaecYeon dari 2PM.



