Arkib untuk Kategori ‘Video Muzik’
Carta K-Pop untuk Mac minggu ketiga 2010
Saya masih lagi teruja dengan konsert Super Junior yang lalu. Tapi takpe carta masih tetapi ada. Kalau ada video yang tidak boleh dilihat tu, sila tinggalkan komen yek.
Minggu ini kita akan melihat video klip pula. Nak dibandingkan dengan video klip artis Barat saya gemar lagi video klip artis Korea. Mungkin sebab jalan cerita atau konsep yang lagi mesra berbanding barat.
Ini ialah kumpulan vokal 4Men. Mereka merupakan generasi ketiga kumpulan ini. Tetapi jelas kemampuan vokal masih lagi menjadi teras utama. Mereka baru sahaja menamatkan konsert sulung mereka baru-baru ini. Saya suka nyanyian mereka.
Carta K-Pop untuk Mac minggu pertama 2010
Dah masuk bulan Mac. Sungguh cepat waktu berlalu. Minggu ini carta tidak banyak berubah tetapi ada jugalah satu, dua lagu baru.
Kita akan lihat video muzik pada minggu ini. Video muzik penyanyi akan disiarkan serentak atau awal dua, tiga hari sebelum tarikh jualan album. Memang peminat akan menunggu untuk melihat video muzik. Sampaikan waktu yang tepat untuk siaran pun akan diumumkan.

Ini ialah kumpulan Kara yang kembali dengan album mini terbaru berjudul Lupin. Menarik tak konsep album mereka kali ini. Mereka berlima telah turun berat badan berjumlah 10kg untuk album ini. Sudah lah kurus, bertambah kurus mereka. Lagu Lupin dan video muzik amat menarik.
Carta K-Pop untuk minggu keempat 2010
Cepat masa berlalu. Ada lagu baru yang kini hangat. Saya suka.

Kumpulan After School kembali dengan single terbaru mereka. Kali ini mereka mempunyai dua ahli baru dan menjadikan mereka kepada tujuh orang. Lagu ‘Because of You’ ni mula-mula dengar macam tidak menarik tapi dah banyak kali dengar memang ok.
Di belakang tabir video muzik ‘I Know’
Ini koleksi gambar Son Ho Young semasa pembikinan video muzik I Know setahun yang lalu. Video muzik ini memang menarik sebabnya Son Ho Young yang seksi ini. Dia menghabiskan masa untuk membentuk badan agar menjadi lebih menarik.
Sila tengok sampai habis ye.
Carta K-Pop untuk minggu ketiga Disember 2009
Hari ini cuti lagi dan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya. Mulai minggu ini, saya akan buat carta seringkas yang mungkin.

Ini kumpulan U-Kiss. Meningkat popular sejak kemunculan album mini terbaru mereka.


