Posts Tagged ‘4minute’
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 17
Ini ialah gambar dari episod ketujuh belas. Rupa-rupanya ini ialah kali pertama mereka bermalam di kampung Yuchi-ri. Saya ingatkan mereka mengadakan penggambaran selama dua hari satu malam di sana. Tap rupanya hanya satu hari penggambaran.
Mereka bermain permainan tradisional bersama dengan warga kampung. Tapi permainan ini diadakan dalam skala yang besar, sebab alat permainan tradisional itu disediakan dalam saiz besar. Ketika ini kumpulan G7 bersama Kim Tae Woo dan Kim Shin Young memberi hormat kepada warga kampung.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 16
Ini merupakan episod ke enambelas. Mereka bertolak awal pagi dari Seoul menuju ke lokasi penggambaran. Tapi mereka tidak terus ke rumah mereka tetapi mereka pergi memancing di tasik.
Tasik tersebut telah beku akibat musim sejuk tetapi mereka membuat lubang supaya dapat memancing ikan.
Tengok lah ni. Tae Woo bersama dengan Sunny.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 15
Episod yang ini saya tak tengok. Tapi kalau tengok kan gambar macam mereka ke rumah cendawan. Saya tak pasti samaada mereka membersihkan kawasan tersebut atau pergi memetik cendawan.
Kim Tae Woo bersama Goo Hara dan Hyun Na di sebelah. Bahagia sangat lah tu.
[14.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio
Hari Isnin tapi tak pernah pula ada siaran video pada hari tersebut. Tapi ini mungkin istimewa kot. Tetamu undangan pada hari ini ialah kumpulan perempuan 4minute. Saya kenal Hyun Na je boleh tak.
Macam biasa, jika para artis menghadiri temubual di radio mereka akan berpakaian santai. Lagi satu dah malam pun. Bila balik boleh terus tidur je nanti. Lagi gambar dan video selepas ini.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 14
Ini episod yang ketiga belas di mana mereka mendapat seekor anak anjing untuk dibela. Mereka diberikan tugas untuk membina kandang dan memandikan anak anjing tersebut.
Kim Tae Woo, Yuri dan Goo Ha Ra dalam kumpulan yang sama untuk membina kandang tersebut. Ye, lah tu.





