Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Epik High

Carta K-Pop untuk Mac minggu keempat 2010

leave a comment »

Minggu ini mari kita lihat persembahan penyanyi. Setiap minggu mereka akan membuat persembahan secara langsung. Nyanyi pun LIVE walaupun ada yang lari atau semput sikit. Tak kurang juga dengan hiasan pentas yang menarik. Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat dan bukannya stesen penyiaran.

Sebab itulah persembahan pada setiap minggu sentiasa dinantikan kerana hiasan pentas, pakaian yang akan menjadi perhatian penonton.

Inilah ialah Outsider, penyanyi rap hip hop terpantas sekali di Korea. Mungkin di dunia juga. Saya suka imej dia yang baru ini nampak lebih muda. Dah le comel, kelakar pula tu. Tapi dia penuh berwawasan. Lagu baru dia memang tidak menghampakan. Dari pemuzik underground, dia ke arus perdana dengan sokongan peminat.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 31, 2010 at 3:23 pm

[26.11.09] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Tetamu pada malam itu ialah Map The Soul Family. Mereka ialah pemuzik hip-hop bebas yang terkenal di Korea. Terdiri daripada kumpulan Epik High dan Planet Shiver serta rapper solo iaitu MYK dan Dok2 (disebut Dokki).

Kim Bum Soo baik dengan mereka ni memandangkan kumpulan Planet Shiver pernah bekerjasama dengan dia untuk satu lagu ‘remix’. Tablo dari Epik High juga pernah menjadi DJ untuk Dream Radio beberapa tahun yang lepas.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 5, 2010 at 9:31 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , , , , ,

Carta K-Pop untuk minggu keempat Oktober 2009

leave a comment »

Sibuk sikit minggu ini. Sebab tu lambat nak kemaskini kini carta mingguan ini. Juara carta masih lagi kekal cuba teka siapa. Kali ini carta diungguli dengan penyanyi solo lelaki Mereka semua ini mempunyai vokal yang bagus.

Inilah kumpulan T-ara dan Cho Shin Sung yang sekarang popular dengan lagu Time To Love. Tapi tak semua yang ada. Hanya mereka yang terlibat untuk lagu Time To Love versi 1. Lagu baru ini rancak walaupun ada bahagian yang perlahan. Saya masih lagi dalam sesi mengenal nama mereka semua ini.

Kedudukan carta pada minggu ni seperti berikut.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 29, 2009 at 12:06 pm

Tablo, Hye-Jung kahwin esok

leave a comment »

25 Oktober 2009 (Utusan Online)

PELAKON Korea Kang Hye-jung akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya yang juga seorang penyanyi utama kumpulan Epik High, Tablo pada pukul 2 petang esok. Mereka dijadualkan berkahwin di sebuah tempat yang dirahsiakan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us

Perkahwinan itu dibuat selepas Hye-jung hamil lima minggu dan pada masa yang sama, Tablo mengotakan janji untuk menjadi ayah kepada bayi yang dikandung penyanyi itu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 25, 2009 at 10:16 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Oktober 2009

leave a comment »

Minggu ini saya berkongsi persembahan terkini oleh penyanyi yang berada dalam carta pada minggu ini. Persembahan ini pada minggu lepas. Terkini lah tu, dari beberapa program muzik hiburan mingguan dari stesen TV Korea. Purata seorang penyanyi akan membuat sekurang-kurangnya empat persembahan setiap minggu di TV nasional. Kualiti video memang HD. Mereka mempunyai perhiasan pentas yang berbeza untuk setiap minggu.

Kali ini saya memperkenalkan Putera Mahkota Korea iaitu penyanyi balada Lee Seung Ki. Putera Mahkota merupakan gelaran yang diberikan oleh peminat kepada dia kerana dia seorang artis yang berbakat besar. Selain menjadi seorang penyanyi yang kini telah menghasilkan empat album, dia juga seorang pelakon drama di mana dramanya telah mendapat peratusan penonton tertinggi. Lee Seung Ki juga seorang pelajar yang cemerlang dan ingin meneruskan pengajian di peringkat Master dan tak lupa juga dia seorang yang baik, peramah kiranya contoh pemuda harapan bangsa lah.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 20, 2009 at 11:48 pm