Posts Tagged ‘Faizal Tahir’
[02.04.2010] Faizal Tahir alih kompas ke JB
TATKALA kebanyakan artis tanah air dilamar menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di hotel ternama sekitar Lembah Klang, penyanyi Faizal Tahir pula mengalih kompas ke Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru untuk menghiburkan kumpulan setiausaha di sana pada 21 April depan.
Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada Johor), Faizal akan beraksi mulai jam 12 tengah hari. Dijangka berlangsung selama 45 minit, rocker sensasi Malaysia itu menjanjikan persembahan terbaik, mantap dan bertenaga.
Hakikat ini kerana tawaran daripada hotel berkenaan adalah yang pertama kali diterima Faizal bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Bahkan itu juga persembahan solo pertama untuk sambutan berkenaan selepas sering menjadi penyanyi undangan.
[28.03.2010] Album Faizal Tahir tak layak ke AIM
Mungkin Diva ni tak pergi sidang akhbar ataupun tak buat kerja rumah dulu. Tapi Kosmo! memang ‘prihatin’ kepada FT ni. Kalau album dah lama siap pun tapi baru nak dikeluarkan apa salahnya.
PENYANYI yang makin popular dengan lagu Selamat Malam ini baru saja meluncurkan album barunya bulan ini. Tiba-tiba, Diva dengar album kedua Faizal Tahir itu sudah pun tercalon dalam Anugerah Industri Muzik untuk beberapa kategori.
Setahu Diva, tarikh tutup untuk menyertai AIM adalah pada bulan Disember lalu. Macam mana pula si Faizal ini dapat bertanding dengan albumnya sedangkan ia baru saja siap?
[21.03.2010] Aku.Muzik.Kamu: Saingan sengit muka baru dan lama
ASSALAMUALAIKUM. Salam sejahtera kepada semua pembaca B*Pop. Tatkala saya menulis artikel ini, saya baru saja pulang dari menghadiri sidang media Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Alhamdulillah, album terbaru saya, Adrenalin tercalon untuk kategori Album Rock Terbaik.
Lagu Bencinta pula tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik dan juga Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Tahniah juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan lain yang tercalon untuk AIM17 ini. Secara keseluruhannya, pencalonan kali ini dilihat sebagai paling sengit dan berkualiti.
Seperti kelaziman, ramai nama baru mendominasi pencalonan bagi setiap kategori. Tidak kurang juga artis senior yang melakukan ‘come back’ dan mendapat banyak pencalonan. Yang paling ketara ialah penyertaan daripada Disagree dan Altimet. Tahniah diucapkan. Pada pemerhatian dan pendapat saya, AIM kali ini menyaksikan satu perubahan yang sangat besar daripada segi kualiti hasil kerja artis yang tercalon bagi setiap kategori. Ini membuktikan industri muzik kita sudah mengambil satu langkah besar dalam memartabatkan hasil karya kreatif tanah air.
[12.03.2010] Faizal: Saya Tak Sengaja Patahkan Gitar
KUALA LUMPUR, 12 MAC 2010: Sebaik saja mendapat tahu bahawa Faizal Tahir telah ditimpa kemalangan kecil di dalam rumahnya sendiri, murai.com.my terus menghubungi penyanyi yang hits dengan lagu Sampai Syurga, Coba dan Bencinta ini untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut tentang berita tersebut.
“Ya, saya memang terjatuh dan menghadapi kemalangan kecil di rumah. Disebabkan itu, saya kini agak susah nak bergerak. Saya akan terasa sakit setiap kali bergerak ke kiri dan ke kanan.
“Bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan undangan persembahan di konsert yang akan dijalankan pada Sabtu ini di Kluang, Johor,” kata Faizal yang ketika itu dalam perjalanan ke satu mesyuarat penting menjelaskan keadaan sebenar tentang kemalangan berkenaan.
[11.03.2010] Faizal Tahir Pecahkan Gitar RM10,000!
KL, 11 MAC 2010: Sewaktu menjayakan konsert Satu Suara bersama Aizat dan Dato’Siti Nurhaliza, Murai Batu dapat tahu penyanyi Faizal Tahir sudah sembuh dan boleh beraksi seperti sedia kala.
Berita yang gembira itu bagaimanapun telah bertukar menjadi duka apabila Murai Batu diberitahu bahawa penyanyi bersuara sedap itu telah kembali sakit setelah telibat dengan kemalangan kecil di rumahnya.
Peristiwa ituberlaku setelah Faizal pulang dari menjayakan sebuah konsert yang dijayakan di Pulau Pinang pada hujung minggu lalu. Faizal khabarnya telah terjatuh di bilik mandi rumahnya. Disebabkan itu, Faizal khabarnya terpaksa berehat semula daripada melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan kegiatan seninya.


