Posts Tagged ‘god’
Konsert The First Son Ho Young & Kim Tae Woo di Vancouver, Kanada
Lokasi terakhir untuk konsert jelajah Son Ho Young dan Kim Tae Woo ialah di Vancouver, Kanada. Konsert yang berlangsung selama dua hari iaitu 26 dan 27 Februari 2010. Mereka sengaja memilih tarikh tersebut kerana ingin menyaksikan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung di sana.
Menurut para penonton yang hadir, terdapat juga beberapa atlet Korea yang hadir untuk menyaksikan konsert tersebut. Perasan tak yang t-shirt dipakai oleh mereka itu bertulis apa, “Canada Eh!“.
Saya nak pergi juga konsert ini. Terdapat kejutan dan tetamu istimewa yang hadir semasa hari kedua konsert itu.
Selamat Ulang Tahun ke-11 god
13 Januari 2009 ialah ulang tahun ke sebelas kumpulan kegemaran saya iaitu god. Rasa macam baru telah lama mengenali mereka dan rasa dekat di hati.
Ini ialah gambar sewaktu konsert ‘god is Back‘ pada tahun 2004 (Saya ada DVD konsert tu.). Seorang bekas ahli kumpulan iaitu Yoon Kye Sang telah membuat kejutan dengan hadir di konsert tersebut.
Saya mula meminati kumpulan ini semenjak 2004 dan sejak itu tidak berpaling lagi. Kiranya ini lah kumpulan yang menarik perhatian saya untuk sekian lama.
Danny Ahn dalam Dream Team Ep. 5
Hanya sekeping gambar Danny sahaja untuk episod kelima ini. Nampak gaya pertandingan dilakukan di dalam dewan. Mungkin dewan universiti.
Minggu ini mereka memakai t-shirt berwarna oren pula. Mesti ada penaja untuk pakain sukan mereka.
Danny Ahn dalam Dream Team Ep.4
Gambar-gambar dari episod keempat Let’s Go Dream Team. Danny merupakan ahli tetap tetapi terdapat juga selebriti yang akan muncul untuk sekali sahaja dan sebagainya. Saya rasa elok ada ahli yang tetapi dari asyik berubah setiap minggu kerana nanti susah nak menang.
Antara ahli untuk minggu ini ialah Minho (SHINee), Kim Hyun Joong (SS501), RUN (penyanyi), Danny Ahn (G.O.D.), Hong Seo Bum (penyanyi) dan Lee Sang In (pelakon).
Kim Tae Woo dan Danny Ahn di Chin Chin Radio
Saya baru je jumpa gambar-gambar ini. Persembahan di radio dah lama tengok. OK. Pada 7 Oktober yang lalu, Kim Tae Woo dan Danny Ahn telah menjadi tetamu undangan di Tae Yeon ChinChin Radio.
Gambar ini dari telefon Kim Tae Woo atau lebih popular sebagai sel-ca. Macam biasa Kim Tae Woo akan menyanyikan beberapa lagu. Saya tak menyangka yang Danny akan turut serta. Mungkin dia bosan di rumah lalu mengikut Kim Tae Woo ke stesen radio. Ye, lah, sebab siaran ini di waktu malam.
Kim Tae Woo dan Danny Ahn menyanyikan lagu dari album god. Nyanyian secara langsung dan ada juga dengan iringan muzik.





