Posts Tagged ‘Kim Tae Woo’
Kim Tae Woo dan Narsha untuk Anycall
Kim Tae Woo dan Narsha dari kumpulan Brown Eyed Girl telah berkerjasama untuk iklan Samsung Anycall. Ini ialah iklan untuk telefon bimbit Samsung terbaru.
Gambar-gambar berikut ialah untuk promosi iklan tersebut.
Lagi gambar di bawah. Pastikan juga PC anda mampu untuk menampung kualiti gambar berikut.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 17
Ini ialah gambar dari episod ketujuh belas. Rupa-rupanya ini ialah kali pertama mereka bermalam di kampung Yuchi-ri. Saya ingatkan mereka mengadakan penggambaran selama dua hari satu malam di sana. Tap rupanya hanya satu hari penggambaran.
Mereka bermain permainan tradisional bersama dengan warga kampung. Tapi permainan ini diadakan dalam skala yang besar, sebab alat permainan tradisional itu disediakan dalam saiz besar. Ketika ini kumpulan G7 bersama Kim Tae Woo dan Kim Shin Young memberi hormat kepada warga kampung.
Konsert The First Son Ho Young & Kim Tae Woo di Vancouver, Kanada
Lokasi terakhir untuk konsert jelajah Son Ho Young dan Kim Tae Woo ialah di Vancouver, Kanada. Konsert yang berlangsung selama dua hari iaitu 26 dan 27 Februari 2010. Mereka sengaja memilih tarikh tersebut kerana ingin menyaksikan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung di sana.
Menurut para penonton yang hadir, terdapat juga beberapa atlet Korea yang hadir untuk menyaksikan konsert tersebut. Perasan tak yang t-shirt dipakai oleh mereka itu bertulis apa, “Canada Eh!“.
Saya nak pergi juga konsert ini. Terdapat kejutan dan tetamu istimewa yang hadir semasa hari kedua konsert itu.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 16
Ini merupakan episod ke enambelas. Mereka bertolak awal pagi dari Seoul menuju ke lokasi penggambaran. Tapi mereka tidak terus ke rumah mereka tetapi mereka pergi memancing di tasik.
Tasik tersebut telah beku akibat musim sejuk tetapi mereka membuat lubang supaya dapat memancing ikan.
Tengok lah ni. Tae Woo bersama dengan Sunny.
Konsert Son Ho Young dan Kim Tae Woo di Seattle
Ini pula ialah gambar semasa konsert jelajah America Son Ho Young dan Kim Tae Woo di Seattle, Amerika Syarikat. Konsert berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Februari yang lalu.
Son Ho Young memandang mesra Kim Tae Woo. Perasan tak t-shirt mereka yang bertulis ‘Seattle’. Mungkin saya patut membeli t-shirt bertulis Malaysia juga untuk mereka.





