Posts Tagged ‘Korea’
Diskaun untuk The Face Shop
Sayang sekali saya tak guna jenama kosmetik ini. Kalau tak mesti saya dah borong banyak barangan ini. Tapi ini ada satu jualan edisi terhad untuk pengguna barangan ini.
Seperti yang telah saya ceritakan di SINI. Majlis ini mendapat sokongan Korea Tourism Organization dan The Face Shop cawangan Malaysia.
Baca baki entri ini »
Korea, dekat apa yang anda bayangkan
Saya dapat emel dari kawan saya mengenai satu majlis yang akan diadakan tak lama lagi. Majlis ini dianjurkan oleh Kedutaan Korea di Malaysia. Ia terbuka kepada pelajar kolej dan universiti tempatan. Banyak universiti dan kolej swasta sedang cuti semester kan. Apa kata kita pergi ramai-ramai.
Maklumat lebih lanjut seperti di bawah.
Baca baki entri ini »
Freestylz ke Korea
Buat satu kumpulan b-boys dan ada peluang untuk menang. Kalau lah saya boleh menari dah lama saya sertai. Hadiah utama ialah lawatan berdansa ke Korea untuk bertemu dan berlatih bersama dengan Gamblerz Crew iaitu kumpulan B Boys nombor 1 di Asia.
Iklan di TV.
Dragonball Evolution di Korea Selatan
Gambar-gambar telah ini diambil oleh peminat Park Joon Hyung semasa para pelakon filem tersebut tiba di Seoul, Korea Selatan pada 17.02.2009 yang lalu. Kalau tak silap, mereka tiba lewat tengah malam tetapi para peminat sabar menanti kehadiran mereka. Berdasarkan gambar, mereka menantikan kehadiran Park Joon Hyung.

22.04.09 Fragmen: Memasarkan produk TV tempatan ke luar negara
Saya suka dokumentari mengenai pertabalan Yang Di Pertuan Agong kita, Tuanku Mizan. Dokumentari Rain saya dah tengok. Memang menarik.
22.04.09
zainuri@bharian.com.my
FILEM Shinjuku Incident lakonan Jackie Chan dan diarahkan oleh Derek Yong bukanlah sekadar filem kalau diamati apa yang tersirat dalam ceritanya. Filem yang berlatarkan bandar Shinjuku, Jepun ini adalah memaparkan kehidupan sekumpulan pendatang tanpa izin dari China. Terdapat beberapa nilai positif yang boleh dipelajari dari filem ini. Antaranya, betapa pentingnya bersatu padu untuk menjadi kukuh dalam menghadapi cabaran.
Paling penting, harus ada kesedaran iaitu masuk kandang harimau mengaum, di kandang kambing mengembek. Filem ini juga mendedahkan petualang kehancuran sesebuah masyarakat (mungkin negara atau bangsa) datangnya dari dalam, dari bangsanya sendiri.
Selain filem Shinjuku Incident ini, pada hujung minggu yang lalu kita menonton beberapa dokumentari yang di saluran Discovery (Astro 551) dan History (Astro555) yang hampir semuanya memaparkan budaya dan sejarah negara Timur.

