Posts Tagged ‘KRU Studios’
GiatMara Mahu Bekerjasama Dengan KRU Dalam Bidang Animasi
KUALA PILAH: Pusat Latihan GiatMara yang kini menawarkan kursus Animasi 3D mahu bekerjasama dengan KRU Studios bagi memantapkan industri animasi dan teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) tanahair.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd Majid pihaknya sedang berunding dengan KRU untuk menyediakan tempat bagi pelatih GiatMara dalam kursusanimasi.
“Kalau diperlukan kami bersedia untuk menjalani kursus di pejabat KRU. GiatMara boleh menyediakan juruteknik dalam bidang animasi untuk produksi mereka,” katanya kepada pemberita selepas karnival Syarikat Perumahan Negara Berhad yang dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek di sini semalam.
Norman Persoal Kenapa KRU Sahaja Didakwa Berhutang Dengan Finas
Jumaat November 13, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)
KETUA pengarah kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim mengaku sedang dalam proses membayar semula pinjaman di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Namun begitu, penyanyi dan pelakon itu mempersoalkan kenapa Finas hanya mendakwa KRU sedangkan ramai lagi produser yang dikenalpasti belum melunaskan bayaran mereka dengan perbadanan itu.
“Kenyataan Finas dalam salah sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut KRU sahaja adalah tidak adil. Kenapa tidak memaklumkan majoriti peminjam SPFC yang betul-betul tidak membuat bayaran langsung berbanding KRU yang konsisten membuat bayaran?
Gavin Puas Berlakon Merong Mahawangsa
Teks oleh Ellyna Ali (murai.com.my)
Gambar oleh Bonie Sharif
KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2009: Pelakon remaja kacak, Gavin Stenhouse, 23, akui cabaran yang ditempuhi dalam filem epik Merong Mahawangsa, sangatlah hebat dan memberikan satu pengalaman baru dalam hidupnya.
Gavin yang berdarah kacukan Scottish di sebelah ayah dan Welsh di sebelah ibunya, adalah anak kelahiran Hong Kong tetapi kemudian dibesarkan di London sejak berusia 10 tahun lagi. Dalam Merong Mahawangsa, Gavin memegang peranan sebagai Putera Rom yang ingin berkahwin dengan Puteri China lakonan aktres berbakat, Jing Lu.
Gavin menjadi pilihan pengarah Merong Mahawangsa, Yusry KRU kerana memiliki karisma dan pengalaman berlakon dalam banyak filem dan teater di United Kingdom (UK). Selain itu Gavin juga seorang pemuzik.
Pelakon antarabangsa kelas A dalam filem KRU
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my (16 Oktober 2009)
Lantik Epic Pictures sebagai ejen jualan bagi tujuan pengedaran di luar negara.

NORMAN mewakili KRU Studios menjalinkan kerjasama dengan Epic Pictures di Cannes, pada 5 Oktober lalu sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
SELARI dengan pembukaan kemudahan produksi dan pasca-produksi bertaraf dunia pada Januari tahun depan, KRU Studios bertindak melantik Epic Pictures sebagai ejen jualannya bagi tujuan pengedaran pada peringkat global bagi filem bertaraf antarabangsa terbitan mereka.
Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu baru-baru ini, KRU Studios mempunyai enam judul filem antarabangsa yang bakal diumumkan secara berperingkat-peringkat. Filem terbabit menelan belanja kira-kira AS$30 juta, bakal dihasilkan dalam masa tiga tahun akan datang dan dibintangi pelakon kelas A.
Berpangkalan di Hollywood, Epic Pictures ialah sebuah pertubuhan jualan bagi filem, televisyen dan video di seluruh dunia yang mengkhususkan diri dalam penerbitan serta pengedaran judul cereka unik dan inovatif daripada pembikin bebas.
Adam: Saya Tak Kisah Kena ‘Reject’
by Miss Ayu | 6 Oct 2009
gua.com.my
Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita daripada Mohd Aizam Bin Mat Saman atau nama popularnya Adam AF2. Kalau tidak silap, kali terakhir berita yang sampai ke telinga GUA, jejaka yang berasal dari Kota Kinabalu dikatakan berjauh hati setelah dia diketepikan daripada drama bersiri ‘Bionik’ yang sedang disiarkan di TV3 sekarang ini.
Menurut sumber, watak hero drama ini, Nik sepatutnya diberikan kepada Adam, tetapi akhirnya Kamal Adli yang terpilih. Hendak tahu sama ada betul atau tidak cerita ini? Jom kita tanyakan kepada Adam sendiri.
“Saya tidak nafikan memang pada asalnya pihak pengurusan (KRU Studios) mahu saya yang memegang watak Nik. Tetapi setelah saya pergi ‘casting’ di TV3, mereka tidak mahu saya berlakon kerana mereka takut saya tidak boleh ‘deliver’ watak itu. Saya terima alasan itu dan sama sekali tidak berjauh hati.



