Posts Tagged ‘Noh Joo Hyun’
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 17
Ini ialah gambar dari episod ketujuh belas. Rupa-rupanya ini ialah kali pertama mereka bermalam di kampung Yuchi-ri. Saya ingatkan mereka mengadakan penggambaran selama dua hari satu malam di sana. Tap rupanya hanya satu hari penggambaran.
Mereka bermain permainan tradisional bersama dengan warga kampung. Tapi permainan ini diadakan dalam skala yang besar, sebab alat permainan tradisional itu disediakan dalam saiz besar. Ketika ini kumpulan G7 bersama Kim Tae Woo dan Kim Shin Young memberi hormat kepada warga kampung.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 16
Ini merupakan episod ke enambelas. Mereka bertolak awal pagi dari Seoul menuju ke lokasi penggambaran. Tapi mereka tidak terus ke rumah mereka tetapi mereka pergi memancing di tasik.
Tasik tersebut telah beku akibat musim sejuk tetapi mereka membuat lubang supaya dapat memancing ikan.
Tengok lah ni. Tae Woo bersama dengan Sunny.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 15
Episod yang ini saya tak tengok. Tapi kalau tengok kan gambar macam mereka ke rumah cendawan. Saya tak pasti samaada mereka membersihkan kawasan tersebut atau pergi memetik cendawan.
Kim Tae Woo bersama Goo Hara dan Hyun Na di sebelah. Bahagia sangat lah tu.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 14
Ini episod yang ketiga belas di mana mereka mendapat seekor anak anjing untuk dibela. Mereka diberikan tugas untuk membina kandang dan memandikan anak anjing tersebut.
Kim Tae Woo, Yuri dan Goo Ha Ra dalam kumpulan yang sama untuk membina kandang tersebut. Ye, lah tu.
Kim Tae Woo dalam Invincible Youth Ep. 12
‘Invincible Youth’ telah memasuki episod yang kedua belas. Kira pencapaian yang bagus juga lah untuk rancangan yang disiarkan pada hari Jumaat malam di Korea.
Pada kali ini, mereka mengadakan Sukan Olimpik Yu-Chi-Ri. Di mana mereka bermain permainan tradisional yang menggunakan peralatan yang mudah didapati di kampung tersebut.
Mereka berada di atas padang yang beku akibat musim sejuk di sana. Hyo Min sedang meniru aksi peluncur ais kebanggaan Korea iaitu Kim Yuna. Kim Tae Woo yang di belakang tu. Tak tau kenapa lain sangat.





