Posts Tagged ‘Norman Abdul Halim’
Norman : Industri Muzik Masih Relevan
5-Dec-2009 | Oleh: Thani Hasbullah (murai.com.my)
Ramai yang menganggap jumlah Jualan Muzik Fizikal (jualan album) bagi meraih Anugerah Platinum dan Anugerah Emas diturun akibat industri muzik tempatan sedang tenat.
Bagaimanapun Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim menafikan perkara itu dan menegaskan ia dilaksanakan kerana melihat perubahan industri yang beralih daripada fizikal kepada digital.
Bermula pada 1 Julai 2009, kutipan jualan Anugerah Platinum telah diturunkan daripada 20,000 unit kepada 15,000 unit, manakala Anugerah Emas diturunkan sehingga 7,500 daripada 10,000.
Norman Persoal Kenapa KRU Sahaja Didakwa Berhutang Dengan Finas
Jumaat November 13, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)
KETUA pengarah kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim mengaku sedang dalam proses membayar semula pinjaman di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Namun begitu, penyanyi dan pelakon itu mempersoalkan kenapa Finas hanya mendakwa KRU sedangkan ramai lagi produser yang dikenalpasti belum melunaskan bayaran mereka dengan perbadanan itu.
“Kenyataan Finas dalam salah sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut KRU sahaja adalah tidak adil. Kenapa tidak memaklumkan majoriti peminjam SPFC yang betul-betul tidak membuat bayaran langsung berbanding KRU yang konsisten membuat bayaran?
Pelakon antarabangsa kelas A dalam filem KRU
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my (16 Oktober 2009)
Lantik Epic Pictures sebagai ejen jualan bagi tujuan pengedaran di luar negara.

NORMAN mewakili KRU Studios menjalinkan kerjasama dengan Epic Pictures di Cannes, pada 5 Oktober lalu sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
SELARI dengan pembukaan kemudahan produksi dan pasca-produksi bertaraf dunia pada Januari tahun depan, KRU Studios bertindak melantik Epic Pictures sebagai ejen jualannya bagi tujuan pengedaran pada peringkat global bagi filem bertaraf antarabangsa terbitan mereka.
Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu baru-baru ini, KRU Studios mempunyai enam judul filem antarabangsa yang bakal diumumkan secara berperingkat-peringkat. Filem terbabit menelan belanja kira-kira AS$30 juta, bakal dihasilkan dalam masa tiga tahun akan datang dan dibintangi pelakon kelas A.
Berpangkalan di Hollywood, Epic Pictures ialah sebuah pertubuhan jualan bagi filem, televisyen dan video di seluruh dunia yang mengkhususkan diri dalam penerbitan serta pengedaran judul cereka unik dan inovatif daripada pembikin bebas.
Pasaran muzik perlu berubah
Oleh Zaidi Mohamad
Berita Harian Online (08 Oktober 2009)
KIRA-KIRA 10 tahun lalu, industri muzik negara ini mengalami penguncupan yang amat ketara. Dalam erti kata lain, industri muzik tanah air semakin tenat. Pelbagai masalah seperti isu kemajuan teknologi sejagat yang semakin canggih, cetak rompak antara yang terus memudarkan seri persada muzik tempatan.
Aliran pasaran muzik digital yang hadir seiring dengan perkembangan semasa juga antara punca yang menyebabkan pasaran album fizikal jatuh sehingga 50 peratus. Sampai bila hayat album fizikal akan bertahan masih belum mampu dijawab.
Hal ini diakui oleh Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim.
Norman serik hebohkan jumlah kutipan ‘Jin Notti’
Khamis Oktober 1, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)
PERANG psikologi yang ditimbulkan kepada peminat filem Melayu pastinya membuatkan mereka tak keruan untuk menonton filem ‘Jin Notti’ atau ‘Momok The Movie’.
Produser ‘Jin Notti’, Norman Abdul Halim akui kontroversi kutipan filem siapa yang lebih tinggi bukanlah sengaja dilakukan hasil pakatan pihaknya dan pengedar ‘Momok The Movie’, David Teo.
Baginya, setiap filem mempunyai tarikan berbeza. Ujar Norman, “‘Jin Notti’ lebih untuk mengumpul kaum keluarga manakala ‘Momok The Movie’ lebih banyak menarik golongan remaja yang sukakan cerita hantu.”




