Posts Tagged ‘Suria FM’
Faizal Tahir di Suria FM
Pada 3 September yang lalu, Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Winnie K menjadi tetamu undangan di Suria FM untuk segmen pagi.
Memang saya terlepas la sebab saya tak dengar Suria FM. Tapi bila baca ia juga disiarkan secara langsung menerusi video di Suria FM. Tak jumpa pun video tu. Mungkin hanya boleh dilihat semasa rancangan berlangsung kot.
Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu pertama Ogos 2009
Sibuk ialah alasan lain untuk malas. Tapi kita usahakan juga untuk kemaskini carta radio dan televisyen di Malaysia.
Baik carta di radio ataupun television sekarang sudah sama sahaja. Baik dari segi format undian, rancangan dan lain-lain. Kalau nak ikutkan lambat kemaskini pun tak payah cakap lah.
Masa siaran yang hampir sama apa lagi ya. Sebenarnya ada je benda yang nak dikomen tapi takpelah kemudian.
Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu keempat Julai 2009
Memang saje lambat nak kemaskini untuk minggu ini. Tunggu dan lihat je. Minggu lepas memang saya tak mendengar radio atau menonton Muzik Muzik untuk mengetahui kedudukan carta.
Macam mana nak cakap ye. Kenapa kita kurang rancangan muzik secara mingguan di mana para penyanyi membuat persembahan setiap minggu. Saya membandingkan antara rancangan muzik di Korea dan Jepun kerana saya mengikuti perkembangan mereka.
Senang cerita macam ni lah, cuba tengok carta di bawah. Siapakah artis berikut yang telah mempunyai video muzik untuk lagu yang berada di dalam carta?
Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu ketiga Julai 2009
Minggu ni lambat sikit sebab nak tunggu semua laman web dikemaskini. Ada satu stesen radio yang buat saya pelik. Kenapa sampai sekarang tiada lagu Faizal Tahir ni. Mana taknya, penyanyi yang mengeluarkan lagu selepas dia pun lagu dah berada di carta. Pilih kasih atau tidak adil.
Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu kedua Julai
Minggu ni lambat sikit nak kemaskini. Sibuk sikit.Minggu lepas banyak lagu baru memasuki carta. Tapi kalau peminat macam saya terus mengundi lagu tersebut masih kekal di carta. Bukan susah nak mengundi pun, sekali sehari pun dah cukup. Kalau semua peminat buat macam tu lagi elok dari undi di saat akhir dengan kuantiti yang banyak.
Setiap kali ada lagu baru keluar, saya akan mencari video muzik untuk dilihat, tetapi tiada video muzik untuk lagu baru. Kenapa ya? Mungkin saya sudah biasa dengan muzik Korea di mana mereka akan mengeluarkan video muzik serentak dengan lagu baru.
Saya suka lagu ini.
Baca baki entri ini »

