Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal oh Faizal – 18.03.2009

leave a comment »

Faizal oh Faizal

faizalofaizalLEPAS menang tiga trofi pada Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) bulan Januari lalu, nama Faizal Tahir sepi seketika dari dunia hiburan.

Faizal pun pernah menyuarakan hasratnya untuk berehat seketika daripada dunia seni kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Lebih-lebih lagi, Faizal baru sahaja menimang cahaya matanya yang ketiga baru-baru ini bernama Ahmad Rifa’ie Zidane.

Elok juga tu kan. Lepas menjadi naib juara OIAM musim pertama dulu sehinggalah ke AJL23, Faizal memang tidak pernah berhenti bekerja demi menyara keluarganya itu.

Tetapi, Faizal kini sudah bersedia untuk kembali mewarnai dunia seni apabila dia akan muncul dalam persembahan sempena minggu setiausaha bersama penghibur tersohor, Anita Sarawak atau Kak Nita yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Baru-baru ini, kawan Papa yang putih gebu bernama Kak Maru menghadiri sidang media persembahan Kak Nita dan Faizal itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Kak Maru memang puji melangit dengan sikap menepati masa Kak Nita yang sampai tepat pada waktunya tetapi yang tak sedapnya, Faizal datang lewat sejam daripada waktu asalnya.

Alasan yang diberikan Faizal adalah kerana kesesakan lalu lintas yang kebetulan pada waktu itu hujan lebat sedang melanda ibu kota. Yang tak sedapnya kata Kak Maru, Faizal yang tiba-tiba datang terus duduk tanpa meminta maaf di atas kelewatannya.

“Sepatutnya Faizal harus meminta maaf di atas kelewatannya sehingga menyebabkan orang lain terpaksa menunggu lama. Ini tidak, buat tak tahu dengan muka selamba dia je. Tak eloklah macam tu. Cubalah hormat sikit pada Kak Nita yang senior tu dan pihak penganjur,” ngomel Kak Maru yang semakin berseri-seri selepas berkahwin.

Teguran ini adalah untuk Faizal memperbaiki kesalahannya agar dia tidak melakukannya lagi di masa hadapan. Mungkin pada Faizal ia adalah perkara biasa tetapi kalau tidak ambil berat, mungkin akan menjadi satu kebiasaan. Jadi, fikir-fikirkanlah ya! – UTUSAN ONLINE

Written by Langit Biru

Mac 18, 2009 pada 5:08 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: