Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Drama Spa Q 2 Episod 56

leave a comment »

Drama ini memang menarik. Tetapi hanya dapat ditonton lewat setengah jam setiap hari kerana belum sampai lagi di rumah. Drama ini boleh ditonton di Internet di laman web TV3 dan juga Youtube. Tetapi malas lah nak tengok secara online, nak tunggu streaming lagi. Tiada siapa juga yang buat ulasan drama di blog dan sebagainya.

ost-spa-q-2

Episod pada hari Khamis lepas, menceritakan bahawa Dafi telah meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan setelah mengetahui kebenaran tentang Julia. Kasihan betul pada Qistina. Lisa pula terasa dan berasa bersalah di atas kehilangan Dafi. Terdapat persoalan telah terjawab seperti ibu kandung Lisa iaitu Datin Sofea. Kenapa pula Datin Sofea nak membalas dendam. Bayangkan Qistina menjaga dan menganggap Lisa seperti anak kandung sendiri. Terdapat juga beberapa adegan yang mengambil kira peristiwa semasa bila mana Norell membuat laporan polis terhadap Datin Sofea dan mendapati bahawa Datin Sofea memang dikehendaki kerana melakukan jenayah yang sama iaitu berbohong dan meminta wang. Ini berlaku beberapa bulan yang lepas dan terdapat di dalam surat khabar.

Adegan Qistina dan buah hatinya comel sekali. Tapi apa salahnya jika ingin mengadakan hubungan dengan wanita yang lebih tua. Comel.

Lihat drama ini SINI. Pastikan anda menjadi ahli MT-TV3 terlebih dahulu.

Mungkin saya akan buat ulasan episode seterusnya jika berkesempatan.

Written by Langit Biru

Mac 22, 2009 pada 7:26 am

Dikirim dalam Drama

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: