Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Drama Yusuff

with 3 comments

3310925221_36f9664120

TV3 ‘Yusuff’

Slot : Samarinda
Waktu/Hari : 10.30malam/Selasa – Khamis
Barisan pelakon : Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali, Intan Sarafina, Datuk Jalaluddin Hassan, Jamaluddin Kadir, Betty Banafe, Adam Anuar, Puteri Fateen dan Zed Zaidi.
Lagu tema : Imran Ajmain – Jika Engkau Pergi

Ia mengisahkan nasib seorang lelaki bernama Yusuff, yang sentiasa dirundung malang akibat dengki ibu dan saudara tiri sejak kecil hingga dibesarkan bapa angkat yang juga ketua samseng. Namun Yusuff membesar sebagai lelaki baik dan punya penampilan menarik.

Drama ini bermula apabila bapa Yusuff, Yaacob bekerja dengan orang kaya Kemat dan dijanjikan bernikah dengan anak angkat lelaki itu, Suhana selepas tujuh tahun berkhidmat.

Bagaimanapun, Kemat tidak menunaikan janji, sebaliknya menikahkan Yaacob dengan anak kandungnya, Rabiah menyebabkan Suhana meninggalkan kampung akibat terlalu kecewa dengan perbuatan bapa angkatnya itu.

Selepas Kemat meninggal dunia, kekayaannya diwarisi Yaacob dan tidak lama kemudian dia mengahwini Suhana yang dicari sekian lama sehingga menyebabkan Rabiah mengamuk dan berjanji membalas dendam.

Suhana kemudian melahirkan bayi lelaki diberi nama Yusuff tetapi disebabkan benci, Rabiah dengan bantuan anaknya mencampakkan Yusuff ke dalam gaung.

Yusuff diselamatkan ketua samseng bernama Aziz yang melihat kejadian itu tetapi hilang ingatan akibat satu kejadian. Bagaimanapun, konflik timbul apabila isteri muda Aziz, Zahila jatuh cinta kepada Yusuff yang membesar sebagai seorang lelaki kacak.

Langit Biru:

Drama ini diispirasikan dari Kisah Nabi Yusuf A.S. Memang menarik sekali. Mungkin kerana adanya Ashraf Muslim. He he he…

Episod terakhir Khamis lepa memaparkan Yusuff sudah bebas dari penjara dan telah berjaya mempunyai syarikat sendiri. Tak sabar tunggu hari Selasa.

Pautan :
* Nor Faznita Bt Md Nor [Penulis Skrip]
* Penggerak drama Yusuff

Written by Langit Biru

Mac 23, 2009 pada 6:51 pm

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. siapa y memegang watak benjamin?

    sens a7x

    April 17, 2009 at 10:00 pm

  2. saya tak dapat tengok episod akhir drama yussuf la.apa yg jadi?saya minat sangat la.tapi sayang yang akhir tak daptat tengok.macamana ha al-kisahnye.

    riya

    Mei 1, 2009 at 10:24 pm

  3. watak benjamin@benji,adik kpd yusuff, dipegang oleh zoey.
    myspace.com/akuzoey

    no one

    September 22, 2009 at 9:25 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: