Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Spa Q 2 – Isnin 23.03.2009

leave a comment »

Seperti biasa saya akan terlepas 30 minit pertama. Tapi episod ini tidak kurang menariknya. Lisa telah tahu perkara sebenarnya. Dia kembali ke rumah dan di beri surat oleh Dafi dari pembantu rumahnya (saya lupa nama makcik tu). Lisa teragak-agak untuk menerima surat tersebut. Kemudian, dia pergi ke biliknya dan mengemas baju-bajunya.

Anis menemaninya dan bertanya kenapa dia ingin berpindah keluar. Anis memujuk Lisa dan berkata yang Anis ini anak angkat juga dan kemudian dua-dua menangis. Makcik tersebut mendengar perbualan mereka dan terus menelefon Qistina yang berada di luar rumah ketika itu. Qistina bergegas pulang dan meminta Makcik cuba menahan Lisa dari keluar rumah. Ketika Qistina sampai dia perasan ada kereta lain berhampiran di rumahnya dan dia menggesa Makcik memeriksa. Rupanya kereta Datin Sofiera. Setelah selesai Lisa mengemas begnya, dia keluar tetapi segera ditahan oleh Qistina. Qistina cuba memujuknya dan menamparnya tetapi tidak dilayan. Lisa berkata yang dia patut keluar dan pergi dari rumah ini kerana merosakkan kebahagiaan rumah ini. Qistina pengsan apabila ingin mengejar Lisa.

Datin Sofiera keluar dengan lelaki dan menerima cek RM200,000. Wah, sehingga kini dia sudah mengumpul RM600,000 dari hasil penipuannya itu. Lisa pula berada di rumah Datin Sofiera dan membaca surat dari Dafi. Dafi meminta maaf di atas kelakuannya dan berharap Lisa akan menjaga ibu dan adik Anis sepanjang pemergian Dafi. Di hospital, Marliah menjaga Qistina yang masih tidak sedar. Seketika kemudian, Fahmy tiba di hospital dan bertanya apa yang berlaku. Marliah mengatakan bahawa Lisa telah keluar rumah dan Qistina mengalami tekanan. Kemudian, Fahmy menggantikan Marliah untuk menjaga Qistina.

Marliah tiba di rumah dan ingin terus berehat tetapi kemudian pembantu rumahnya berkata Zafrul singgah sebentar dan memasakkan spagheti untuk Marliah.  Dia tidak percaya dan memeriksa spageti tersebut sambil bertanya kepada pembantunya berkali-kali.

Keesokan harinya, Qistina terbangun dari tidur dan terkejut melihat Fahmy di tepi katilnya. Dia bertanya kenapa bertindak sedemikian. Fahmy comel ketika ini.

Akan bersambung…

Written by Langit Biru

Mac 24, 2009 pada 1:05 am

Dikirim dalam Drama

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: