Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Yusuff – Selasa 24.03.2009

leave a comment »

Saya dapat menonton drama ini hari ini. Ada watak-watak baru yang diperkenalkan.

Kisah dimulakan dengan Yusuff menghadiri mesyuarat dengan penduduk kampung. Mereka berbual tentang Yusuff yang menjadi bidan terjun membantu seorang wanita kampung bersalin. Ayat yang saya ingat, “Bidan lembu, bidan orang dan bidan terjun”.

Kemudian mereka terus berbincang mengenai perusahaan ternakan yang diusahakan bersama oleh syarikat Yusuff dan penduduk kampung. Mereka berterima kasih di atas sumbangan dan kerjasama Yusuff dengan mereka. Apa yang menarik ialah mereka semua bermesyuarat di rumah. Mungkin rumah ketua kampung.

En. Masdor ditemuramah oleh wartawan berikutan pencapaiannya dalam bidang perniagaan dan juga anugerah yang diterimanya. Kemudian wartawan bertanya tentang kisah silamnya. En. Masdor berasa resah tetapi menjawab dengan diplomasi.

Kemudian, ayah Yusuff berbual dengan kawannya. Kawan tersebut menceritakan kisah berkaitan dengan Yusuff bahawa menurut perbualan dia dengan Asri seorang budak kampung yang selalu dibuli oleh abang-abang Yusuff. Kehilangan Yusuff disebabkan oleh perbuatan Rabiah dan anak-anaknya. Benjamin berlari pulang dari sekolah dan terjatuh di halaman rumah lalu itu mengingatkan kawan ayah Yusuff kepada ibu Benjamin yang juga selalu terjadi begitu. Kawan tersebut ingin pulang dan berjanji yang mereka akan berjumpa dengan Asri untuk mendapatkan lebih maklumat.

Pada waktu malam, ayah Yusuff teringat akan perbualan mereka. Kemudian Benji memberi minuman kepada ayahnya dan bertanya mengenai apa yang berlaku siang tadi. Adakah Yusuff telah ditemui dan sebagainya.

Pada waktu yang sama di rumah En. Masdor, Yusuff datang untuk menemui dia tetapi waktu itu adik En. Masdor seronok memerhatikan wajah Yusuff. Hah ha ha… En Masdor tiba dan mereka berbincang mengenai perniagaan. Wah, dari robotik hingga ke lombong emas. Dari Jepun hingga ke Afrika.

Abang-abang Yusuff juga telah berjaya menjadi ahli perniagaan dan mereka bakal menjadi pesaing syarikat En. Masdor. Masing-masing berbincang mengenai Yusuff. Ketika ini, mereka tidak dapat mengecam lagi siapakah Yusuff yang sebenarnya walaupun terdapat profil dan temuramah dalam majalah. Razam menyuruh adiknya untuk menyiasat latar belakang Yusuff dengan tujuan untuk menjatuhkan Yusuff.

Setakat ini, jalan cerita baik tidak mengelirukan. Kajian mengenai topik perniagaan bagus. Memang kagum betul lah, rasanya para usahawan tempatan pun begitu juga.

Sebenarnya, artikel lengkap sudah ditulis awal pagi tadi tapi Streamyx pula buat masalah.

Written by Langit Biru

Mac 25, 2009 pada 11:20 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: