Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Muzik Aktif dilancarkan.

leave a comment »

Ada saluran baru di ASTRO iaitu Muzik Aktif di saluran 108. Memang menarik sekali. RTM memang mempunyai banyak rancangan muzik yang bermutu

muzikaktifnew02-300x216

Sekarang tak payah lagi nak tengok Channel [V] atau pun MTV Asia. Banyak muzik video tempatan yang ada. Buat masa ini, saya suka apa yang saya lihat. Tagline ialah ‘Segalanya Muzik Saluran ini dilihat lebih kepada acuan tempatan.

Menurut Menteri Penerangan,  “Keutamaan saluran Muzik Aktif ialah mengangkat dan memartabatkan industri muzik serta penggiat seni tempatan dan juga genre lagu yang disiarkan ialah pop, balada, dangdut, tradisional, etnik kreatif, rock, jazz, nasyid dan kontemporari, manakala contoh sub genre pula ialah indie, alternatif, hip hop, pop rock dan semua elemen muzik yang menjadi minat masyarakat serta bertapak di Malaysia,” katanya.

Mungkin RTM mempunyai banyak rancangan pada masa depan usaha ini amat bagus sekali. Yelah, selalunya hanya dengar lagu di radio. Jarang dapat tengok muzik video atau rancangan hiburan RTM yang ada ulangan.

Mari kita lihat muzik video Mas Idayu. Dah 2,3 kali saya asyik tertengok MV ni di saluran Muzik Aktif. :)

Written by Langit Biru

Mac 26, 2009 pada 9:24 pm

Dikirim dalam Muzik, Video Muzik

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: