Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Spa Q 2 – Khamis 26.03.2009

leave a comment »

Hari ini episod akhir. Mungkin sebab semalam saya tak dapat tengok, ada beberapa adegan yang lambat faham sikit.

Qistina masih di hospital dan Sofiera datang melawatnya. Sofiera berpesan kepada untuk menjaga Melisa sebaik mungkin. Wah, pucat sungguh muka Qistina. Siap nampak freckles. Lepas tu di Spa Q, Sheila minta kebenaran datang lewat pada esok hari kerana ingin melawat Qistina di hospital tetapi pengurus tu berkata Qistina akan keluar pada esok hari. Sofiera di pejabatnya sedang kelam kabut mengemas barang, kemudian polis datang lalu menahannya. Sofiera bukan sahaja ditahan atas kesalahan menipu, tetapi juga pelacuran dan pembunuhan Shah. Lupa pulak nama watak Zizie dan lagi seorang perempuan yang buka spa juga tu.

Marlia dan Zafrul rujuk semula kerana Marlia sudah mengandung. Cliche betul. Kemudian adalah adegan agak romantis di antara mereka di rumah. Tetapi kenapa muka Marliah macam tidak gembira saja?

Dafi membawa berita kepada bahawa Sofiera dalam tahanan polis dan segera pergi ke balai polis. Di sana Sofiera meminta maaf kepada Melisa di atas kelakuannya. Selepas itu, Melisa keluar dari balai polis dan Qistina sedang menunggu di luar. Satu lagi musykil, bila masa pula Qistina ni keluar hospital. Fahmy mengajak Qistina untuk kahwin tetapi dia menolak dengan alasan tidak mahu membuat ibu Fahmy susah hati dan berharap mereka akan terus berkawan. Adegan seterusnya, Qistina dan anak-anaknya sedang menghabiskan masa bersama-sama. Anis comel sungguh. Tapi shoot ni macam lama je. Kemudian, ketika mereka sedang minum teh di luar rumah… Tania datang menjenguk setelah sekian lama. Kedatangannya adalah untuk menghantar undangan perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Luluh hati Dafi mendengarnya.

Di kampung Julia, dia mendapat surat pengesahan cerai daripada Dafi. Julia kelihatan sedang mengandung, mak Julia berkata bahawa perceraian itu tidak sah dan menggesa Julia untuk memberitahu perkara sebenar kepada Dafi. Tetapi dia enggan dan berkata bahawa dia ingin membalas dendam atau yang sewaktu dengannya. Tiba malam menjelma, dia pula menangis entah kenapa. Kemudian ada adegan yang menunjukkan Fahmy dah tidak keruan dan tidak terurus apabila ibu bapanya datang melawat. Kecewa habis lah tu.

8 bulan kemudian, terdapat majlis persandingan yang akan berlangsung. Perkahwinan dalam taman temanya. Tapi kenapa Melisa pakai dress hitam. Tania datang seorang diri ke majlis itu, Dafi menjeling ke arah nya. Anis juga lah yang comel. Rupa-rupanya majlis antara Fahmy dan Qistina. Sedang mereka menikmati juadah, Melisa memanggil Zafrul kerana Marlia dalam kesakitan melahirkan anak. Tamat lah sudah.

Pendapat saya:

Pengakhiran tergantung, adakah akan ada Spa Q 3? Banyak lagi persoalan yang tidak terjawab. Kenapa Tania datang seorang ke majlis itu?  Mana suaminya. Lepas tu boleh pula, nak main mata dengan Dafi. Selepas Dafi pulang ke Malaysia, kenapa dia tidak lagi bekerja tak kisahlah dengan sesiapa pun. Sila komen.

Terima kasih.

Written by Langit Biru

Mac 27, 2009 pada 2:08 am

Dikirim dalam Drama

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: