Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Yusuff – Khamis 26.03.2009

leave a comment »

Episod semalam saya tak dapat tengok. Agak keliru juga lah untuk episod yang ini. Saya tak nampak pula drama ini di laman web TV3

En. Masdor, Yusuff dan adik En. Masdor berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan Sheikh Nawas. Saya rasa masalah itu ditimbulkan oleh Razam dan yang lain. En. Masdor menggunakan kuasa vetonya sebagai CEO syarikat dalam perbincangan itu. Nampak sangat Yusuff merasa tidak senang hati. Kemudian, Yusuff berada di tepi sungai dengan seseorang berbicara mengenai Sheikh Nawas. Tidak pasti sama ada orang itu bekerja dengan Razam atau Sheikh Nawas.

Lepas tu, boleh pula berhenti untuk lintas langsung Mesyuarat Agung UMNO.

Ayah Yusuff, kawannya dan Asri di balai polis untuk membuat laporan mengenai Yusuff. Mereka berharap kes kehilangan Yusuff akan dibuka semula setelah menerima tips dari Asri. Dia juga akan menjadi saksi di mahkamah jika diperlukan. Asri berkata dia sekarang lebih berani untuk menghadapi Razam dan yang lain semenjak dewasa ini.

Di rumah Razam, mereka lima beradik di meja makan sambil berbincang mengenai Yusuff. Yaser telah menyiasat latar belakang Yusuff dan maklumat yang diterima adalah selepas Yusuff menjadi anak angkat kepada Aziz. Dia juga memberitahu Yusuff mempunyai rekod jenayah dan pernah dipenjarakan. Bustaman berasa resah kerana dia akan berjumpa dengan polis untuk membantu siasatan polis mengenai Yusuff. Razam menyuruh Bustaman untuk pergi ke balai polis tetapi berjumpa dengan dia dan peguam untuk membincangkan strategi menjawab untuk siasatan itu. Bustaman juga merasakan yang Yusuff menjadi isu perbincangan adalah adik mereka Yusuff. Semua orang merasa terkejut dan cuba bertenang.

Akan bersambung. Sila tinggalkan komen.

Written by Langit Biru

Mac 27, 2009 pada 8:10 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: