Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV2] Drama ‘Amanah Karmila’

with 3 comments

Hujung minggu ada drama di TV2. Memang menarik juga-lah sebab ada Elly Mazlien. Rindu juga nak tengok dia berlakon. Zed Zaidi dan Azizah Mahzan pun ada juga.

mppb_06661

TV2 Amanah Karmila

Slot : Koleksi@2
Waktu/Hari : 6.00pm/Jumaat – Ahad
Barisan pelakon : Elly Mazlein,  Zed Zaidi, Abdul Rahim Jelani, Azizah Mahzan, Aripah Damanhuri, Haryati Hamzah, dan Tengku Puteri Najuwa.
Lagu tema : Faris – Bezakah Cinta Ku

Drama bersiri 23 episod ini mengetengahkan Karmila yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Sah. Konflik bermula apabila Karmila dipaksa berkahwin dengan Husen yang terkenal kerana mempunyai bilangan isteri ramai. Ia menyebabkan Karmila tekad melarikan diri mengikut teman lelakinya, Herman ke Kuala Lumpur dan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya itu.

Tindakan Herman itu kurang disenangi ibunya, Datin Syamsiah yang beranggapan Karmila tidak layak menjadi menantunya lantas cuba merancang untuk menjodohkan Herman dengan Roza, anak Tan Sri Alif yang baru pulang dari luar negara.

Sebaliknya, kehadiran Karmila dapat diterima oleh bapa Herman, iaitu Datuk Adnan yang menyambut baik kedatangan Karmila dalam keluarga beliau.

Malah, Datuk Adnan bercadang untuk mengadakan satu majlis keramaian bagi menyambut kedatangan Karmila sebagai seorang ahli keluarganya tetapi Datin Syamsiah membantah cadangan itu.

Kemunculan Salima, anak saudara Datin Syamsiah menyebabkan kehidupan Karmila semakin sengsara. Karmila dipaksa melakukan pelbagai kerja oleh Datin Syamsiah.

Pelbagai cara dilakukan Datin Syamsiah untuk memujuk Karmila agar membenarkan Salima mengahwini Herman. Sebaliknya, kehidupan Datin Syamsiah menjadi tertekan apabila mengetahui suaminya, Datuk Adnan menjalin hubungan rahsia dengan Linda Lee.

—–

Saya tengok drama ni Sabtu dan Ahad je. Setakat ni jalan cerita ok. Karmila baik sangat wataknya. Pakai baju pun sopan tak baju kurung, baju yang labuh tu. Lagu tema tiada siapa yang baik hati nak letak di Imeem?

Episod Ahad lepas ada sesuatu yang menarik. Sama ada jurugambar tak perasan atau koordinator ‘‘wardrobe’‘ pun sama. Baju pelanggan yang datang ke butik tempat Karmila kerja butang baju tersebut tertanggal. Memang tak sedar mula-mula tu. Tapi bila dah tengok betul-betul nampaklah.

Written by Langit Biru

Mac 28, 2009 pada 4:04 pm

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. assalamualaikum.
    bloeh x emelkan kepada saya lagu fariz rafie yang bezakah cintaku dalam drama amanah karmila 2..?
    best ar lagu 2..
    smpai nangis2 dwatnye..
    kalau dapat dengan segera lah k…

    noroul

    April 16, 2009 at 4:24 pm

  2. Periksa email anda. Terima kasih.

    Langit Biru

    April 16, 2009 at 10:02 pm

  3. salam. boleh tak nak jugak lagu bezakah cintaku tu… tlg emailkan…

    zahidah

    Mac 3, 2010 at 2:52 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: