Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Tahir di Minggu Setiausaha.

leave a comment »

Rasanya ni kali pertama Faizal Tahir membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha pada bulan April ini. Dia akan membuat persembahan bersama Anita Sarawak di PNB Darby Park pada 7 April 2009.

mainpix1

Selain Anita, PNB Darby Park turut membawa bersama penyanyi yang sedang rancak mencipta nama, Faizal Tahir. Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Syurga itu bakal membuat persembahan pembukaan dengan mendendangkan empat buah lagu popularnya. Bagaimanapun keduanya tidak akan berduet.

Penolong Pengurus Eksekutif PNB Darby Park, Muhammad Taha Zainal, berkata pemilihan Anita Sarawak dan Faizal Tahir dibuat berdasarkan kaji selidik yang dilakukan tahun lalu. “Daripada kaji selidik yang kita lakukan terhadap setiausaha dalam Minggu Setiausaha tahun lalu, kebanyakan mereka memilih untuk melihat persembahan Anita Sarawak dan Faizal Tahir. Dari situ, kami berpendapat gabungan dua penyanyi ini pasti akan menjadikan Minggu Setiausaha ini lebih hebat memandangkan nama serta bakat besar dimiliki dua penyanyi ini,” kata Muhammad Taha.

Lepas tu Faizal juga  bakal mengadakan dua persembahan istimewa sempena minggu setiausaha ini apabila turut berkolaborasi dengan Nita Hamzah menjayakan acara yang bakal berlangsung di Dewan Felda pada 22 April anjuran Me & U Creative.

Wah, lagi bagus kalau saya dapat tengok persembahan Faizal Tahir. Tapi selalunya ini bukan untuk setiausaha je ke? Tak pasti kalau Faizal dah potong rambut atau tidak semasa sidang akhbar dengan Anita Sarawak. Rambut dia masuk pula dengan ‘banner’ tu. Mesti dia nyanyi lagu ‘BenCinta’. Baru perasan, dua penyanyi wanita ini mempunyai nama yang sama.

Written by Langit Biru

Mac 31, 2009 pada 7:06 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: