Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Yusuff – Selasa/Rabu/Khamis 31.03.2009 – 02.04.2009

leave a comment »

Sebenarnya saya tengok semua episod tapi tiada masa nak tulis di sini takpun tiada motivasi untuk terus menulis. Sila tinggalkan komen jika anda baca. Ni hanya rumusan untuk semua episod untuk minggu ini.

Image Hosted by ImageShack.usKiri – Kanan: Zed Zaidi, Intan Sarafina dan Yank Kassim.

Tambah lagi dengan komen saya:

– Benji kena tangkap basah dengan jirannya Salmi. Yang pelik tu mereka di luar rumah, beranda, waktu siang terang benderang lagi.

– Dirancang oleh Razam dan adik-adiknya. Mereka mengupah samseng kampung untuk memerangkap pasangan tersebut. Pada mulanya, ayah Yusuff tidak percaya akan tindakan anaknya itu dan hanya menurut pendapat ramai. Nasib baiklah ada pakcik yang bijak sikit tu untuk menyiasat perkara sebenar.

– Identiti sebenar Yusuff telah diketahui oleh Razam dan yang lain akibat dari En. Masdor yang terlepas cakap tu. Maznah tidak suka apabila kisah peribadi Yusuff disebarkan kerana menghormati pendirian Yusuff.

– En. Masdor mempunyai rancangan sendiri dan tidak ingin mengikuti nasihat Yusuff mengenai perniagaan. Dia dan Naim pergi ke US kerana urusan perniagaan.

– Razam dan adik-adiknya berjumpa. Adegan ni memang terpesong betul lah. Mereka konon minum darah Razam yang dicampur dengan air. Siap ada ayat sendiri lagi. Ape ntah dah lupa. Abang yang no-2 tu rupanya penagih dadah. Ingatkan kaki arak, sebab khayal semacam jer. Pas tu no.3 kaki judi Raziq. Jahat punya abang sanggup kenakan adik sendiri agar mereka tunduk dan patuh kepadanya. Yaser ni macam buaya darat sikit. Diarahkan untuk memikat Maznah supaya hubungan perniagaan mereka akan terus sama. Akhir sekali, Bustaman atau nama manja Bus. Nampak gaya macam penakut sikit. Kesian dia.

– Mama Ila setakat ini memang watak yang menarik sekali. Dia mengalami masalah mental dan tinggal di rumah yang disewakan oleh Yusuff. Dia tinggal bersama pembantu rumahnya dulu memang setia dan sanggup lah makcik tu bersama dengan mama Ila ni. Mama Ila ni mungkin banyak sangat tengok telenovela ni sebab dia bahasakan dirinya sebagai ape ya lupa pula.  Makcik pembantu (Esperanza), Yusuff (Roberto), Aziz (Carlos). Aziz dah tahu mana Ila tinggal dan dia tiba di hadapan rumah lalu keluar dengan pistolnya. Tapi lepas tu bersambung.

– Mama Ila tak mahu makan ubat dan membuang ubat tersebut apabila Esperanza tidak kelihatan. Dia hanya mahu bersama dengan Yusuff saja. Comelnya. Lepas tu Aziz datang lagi dan masuk ke rumah. Dia rasa marah dan terkejut melihat aksi manja Ila terhadap Yusuff. Kemudia dia menembak Yusuff di kepala dan Ila terkejut dan merampas pistol tersebut lalu tertembak diri sendiri. Mereka segera dikejarkan ke hospital.

– Maznah tiba dan berada di sisi Yusuff. Datang lah pulak si Yamin ini kerana hendak mengetahui situasi. Setelah pasti yang Yusuff tidak akan sedar buat masa sekejap. Mereka adik beradik merancang untuk membiarkan dahulu Yusuff.

Kepala dah pusing. Berhenti sini dulu.

Written by Langit Biru

April 4, 2009 pada 4:04 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: