Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal dicop ‘Mat Lambat’ – 05.04.2009

leave a comment »

MINGGU SETIAUSAHA / FAIZAL TAHIR SEJAK kebelakangan ini, banyak sangat rungutan Kak Pora dengar mengenai Superman Malaysia, siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. tak habis-habis lagi pasal dia ni. yang terbaru pasal kisahnya yang selalu lambat menghadiri sesuatu acara, termasuk temujanji bersama pihak media.

Kak Pora pun terkejut sebenarnya apabila mendengar cerita itu kerana sama sekali berbeza dengan sikap Faizal yang Kak Pora kenali ketika menyertai program realiti popular, One In A Million dulu, dengan beliau cukup berdisiplin, termasuk menjaga masanya. Mungkin Kak Pora terlupa hakikat bahawa seseorang manusia itu cukup mudah berubah, terutama apabila sudah mengecapi kesenangan hidup. Maklumlah, dulu tiada siapa pun mengenali beliau, kecuali hanya sebagai salah seorang anggota kumpulan nasyid, Mirwana.

Namun, keadaan sekarang sudah jauh berbeza apabila sudah mampu mengecapi populariti yang mungkin tidak dijangka oleh Faizal, dengan album laris di pasaran dan tawaran persembahan diterima berlambak-lambak, sekali gus memberikannya kemewahan hidup.

Bagi Kak Pora, mungkin faktor inilah yang membuatkan Faizal alpa, sekali gus begitu mudah mengubah sikapnya seperti mana begitu mudah beliau mengubah imejnya! Namun, Faizal perlu ingat, apa yang dilakukannya ini adalah resepi cukup mujarab untuk menjatuhkannya dirinya sendiri.

Kak Pora terkejut kerana beberapa rakan wartawan hiburan melabelkan Faizal sebagai ‘mat lambat’ kerana sering datang lewat ke sesuatu majlis dihadirinya, termasuklah sidang media Secretaries Week Luncheon 2009 PNB Darby Park di ibu negara, baru-baru ini. Kalau sekadar lewat lima atau 10 minit tidak mengapa juga, tetapi apa yang Kak Pora diberitahu, beliau terlewat lebih sejam dan terus duduk di kerusinya tanpa meminta maaf kepada penganjur dan wartawan yang membuat liputan, begitu juga artis senior, Anita Sarawak yang terpaksa menunggu beliau.

Cerita mengenai kelewatan Faizal ini tidak berhenti di sini, malah bersambung ke sesi fotografi promosi ABPBH 2008 di Ibu pejabat Pos Malaysia, Daya Bumi Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau terlewat hampir dua jam dari masa sepatutnya. Teman Kak Pora memberitahu, petugas dari Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) menghubungi Faizal hampir 15 minit sekali dan setiap kali dihubungi alasan diberikan berbeza termasuklah tersesat hingga ke Jalan Chow Kit. Entah ya atau tidak! J

Lebih mengecewakan kerana sudahlah lambat, sampai saja di lokasi fotografi, Faizal memerlukan masa tambahan selama setengah jam untuk mekap dan membuat rambut barunya, menyebabkan ramai artis lain bengang…

KAK PORA: Semua artis kena hayati lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad berjudul ‘Punch Card’.

Sumber: Bintang Popular

—–

Langit Biru: Rambut baru yang membuatkan dia nampak lagi muda. :)

Written by Langit Biru

April 5, 2009 pada 9:04 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: