Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Glamor selebriti lelaki – 05.04.2009

leave a comment »

Jika tahun lalu 13 selebriti wanita bergaya dengan busana rekaan 13 pereka fesyen muda di majlis Minggu Setiausaha 2008 anjuran Hotel Istana dan Rafflesia, kini tiba giliran 20 selebriti popular lelaki memeriahkan acara sama di ballroom hotel sama, tetapi dengan usahasama Lord’s Tailor.Jenama Lord’s Tailor sememangnya terkenal sejak lebih 35 tahun, malah makin menjadi sebutan sejak pembuat pakaian eksklusif ini terbabit dalam majlis yang turut dihadiri selebriti dan artis tempatan.

Menurut Pengurus dan Publisiti Acara, Bill Bora, Minggu Setiausaha kali ini lebih eksklusif dan meriah dengan mengetengahkan konsep berbeza. Selain penampilan selebriti popular tempatan, hadirin bakal dibuai dengan lagu nyanyian daripada bintang tersohor Indonesia.

mainpix

SELEBRITI tempatan terus dihargai dan dirai. Di dalam situasi ekonomi negara yang disifatkan sebagai kurang menyenangkan sekarang, dunia hiburan tempatan masih terus bernyawa walaupun dalam nafas yang semakin berhati-hati.

“Kami sentiasa mencari kelainan tetapi pokok pangkalnya, kita cuba membangkitkan satu elemen hiburan di dalam Minggu Setiausaha ini bukan saja daripada segi hiburan di atas pentas, tetapi lebih daripada itu.

“Saya memilih 20 selebriti lelaki daripada kalangan penyanyi, pelakon dan model sebagai tarikan tersendiri untuk menghiburkan hati setiausaha. Mereka boleh beramah mesra dengan selebriti ini,” katanya mengenai majlis yang akan diacarakan oleh Afdlin Shauki dan AC Mizal itu.

Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Aqasha, Iqram Dinzly, Fizow Omar, Farid Kamil, Ashraf Muslim, Imran Ajmain, Awal Ashaari dan Aman Zakaria (model) antara nama yang bakal muncul bergaya dengan rekaan pemilik Lord’s Tailor, Robert Loh. Kata Bill, ramai lagi belum memberi jawapan.

“Bagi hiburan di atas pentas, Bill mengimport Rio Febrian, Delon (Indonesia Idol), Irwansyah dan Ello. Pun begitu, artis tempatan turut menjayakan acara ini seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Azharina Azhar yang bakal berduet dengan penyanyi Indonesia.

“Jaclyn dan Rio memang terkenal dengan duet Ceritera Cinta, jadi mereka akan nyanyikan lagu itu nanti,” katanya.

Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia pada 22 April ini yang juga hari berlangsungnya majlis ini, Bill berkata, hiasan dewan yang mampu menampung kira-kira 1,200 tetamu itu bertemakan Enchanted Forest yang penuh kehijauan bagi menghargai bumi kita.

“Hiasan dewan ini dibuat oleh pereka terkenal, Gior yang akan memberi sentuhan magikal yang segar. Bagaimanapun mengenai kapasiti, kami hadkan kepada 750 orang saja,” kata Bill yang berusaha menjadikan acara ini sebagai paling glamor dan diingati oleh setiausaha yang menghadirinya.

Menariknya juga, kata Bill, Wanita Hari Ini (TV3) sekali lagi akan menyiarkan secara langsung acara itu selama satu jam.

Harga tiket untuk pakej makan tengah hari glamor ini bermula RM290 hingga RM350.

Cabutan bertuah turut disediakan yang menawarkan pakej percutian ke Padang, Sumatera selain sut Lord’s Tailor berharga RM4,500.

Sumber: Metro Ahad
—–
Langit Biru: Saya nampak Faizal Tahir akan membuat persembahan. :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: