Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Drama ‘Matahari’

with 6 comments

Inilah drama baru yang menggantikan Spa Q 2. Ramai betul pelakon lelaki yang tampan, segak bergaya. Dah tengok drama ni, setakat ini OK. Malas nak buat ulasan sebab takde siapa nak komen pun. Lagu Faizal Tahir yang jadi lagu tema drama n. Sukanya, ada sekali tu boleh dengar lagu tu dalam versi akustik tanpa suara.

Matahari

Slot :  Akasia
Waktu/Hari : 6.30-7.30pm/Isnin – Khamis
Barisan Pelakon : Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.
Lagu Tema :  Cuba oleh Faizal Tahir

Drama Matahari mengisahkan seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri.

Siri 44 episod ini bakal menemui penonton mulai 30 Mac. Drama ini diterbitkan oleh Pena Kreatif Sdn. Bhd dan hasil kerja dari pengarah berpengalaman Mohd Feroz Abdul Kadir Saheb. Ia membariskan pelakon seperti Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.

Mungkin saya tidak akan buat ulasan drama ini sebab tengok lah dulu. Kalau tengok pun, mungkin waktu lagu Cuba ni keluar. Tapi watak Fahrin dah hampir tamat dah. Nak tengok Fahrin lagi.

Ada adegan terdapat lagu ‘Cuba’ dalam bentuk akustik gitar. Amat menarik. Sementara itu, saksikan video ini.

Gambar: Mangga Online

6 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. ASKUM…CITE MATAHARI NEY BEST SGT LA!! T

  2. Setakat apa yg ditonton melalui eposiod yg disiarkan…jln cerita nya membuatkan saya tak sabar nak menuggu esok…..jln cerita yg menarik…

    Ninizainal

    Jun 3, 2009 at 4:42 pm

  3. Tak fahamlah kenapa Nisda macam semacam je..si Fahrin tu ke cinta pertama dia? Sory, tak tengok dari mula tu yang tak berapa faham tu…

    Zita

    Jun 3, 2009 at 9:05 pm

  4. ari nie x sempat nak tgok matahari episod last………..busy sgat>>>>plek gak knapa arianna jdi jhat gler…..nasib bek blakon jer!!!!!!

    rahimah

    Jun 11, 2009 at 11:27 pm

  5. citer matahari mmg bez gler r
    xnk pnh miz pn tgk dye beb
    ad pngajaran utk wanita kt lua sne….

    fieza klmu

    Jun 15, 2009 at 9:57 pm

  6. suka dialog Fahrin utk Matahari kat last episode… sapa yg dpt salin bait2 ayat tu, plsss send kat saya….

    fendy ismail

    Jun 17, 2009 at 11:58 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: