Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wajah Baru ‘Galaxie’.

leave a comment »

Pagi tadi saya pergi ke kedai dan nampak satu nama yang biasa bagi saya. ‘Galaxie’ kini berwajah baru. Kini bersaiz lagi kecil mungkin A4 sebab muat masuk dalam file. Majalah ini merupakan kegemaran saya ketika dulu dan saya pernah melanggannya untuk 2-3 tahun. Dari saiz besar macam akhbar tabloid lagi. Jangan tak tau.

celebrity22095_1Chris Brown untuk muka depan majalah keluaran 1 April 2009

Galaxie ialah majalah hiburan berbahasa Inggeris tempatan.  Apa lagi yang berubah, harganya. Saya rasa masa saya mula beli dulu harga dalam RM2.50 dan kini berharga RM5 senaskhah. Majalah ini dikeluarkan 2 kali sebulan. Nampak gaya, mungkin saya akan beli bila ada yang menarik sahaja kot. Makin kecil saiz majalah, makin tinggi harganya. Tapi faham lah keadaan sekarang.

Isi kandungan dan ruangan masih sama macam dulu. Ada yang baru dan ada yang dikekalkan. OK. Saya baru sedar. Tiada ruangan lirik. Dulu ruangan ini lah yang paling saya suka  dan akan tengok dulu. Memang lah semua lagu English tapi gambar latarbelakang amat menarik.

Temuramah yang ada pun memang menarik. Harap ia dapat dikekalkan. Terdapat juga ruangan untuk artis tempatan dan Asia. Ini memang penting bagi saya walaupun ruangan untuk ini terhad. Sekurang-kurangnya bagi mereka yang tidak mengambil peduli akan dunia hiburan tempatan akan membaca juga.

Dulu saya selalu juga menyertai pertandingan dalam majalah ini. Selalunya yang untuk barangan esklusif filem dan lain-lain. Pernah juga-lah menang tempat ketiga atau lain.

Saya rasa saya masih simpan beberapa naskhah Galaxie lagi. Nantilah saya selongkar balik almari khazanah tu. Walaupun banyak kandungan artis antarabangsa tapi gaya tulisan yang bersahaja membuatkan ia menarik. Tak lupa juga koleksi poster yang mereka ada. Saya perasan yang poster yang Galaxie beri tidak sama dengan poster yang lain. Maksudnya kalau majalah lain akan dapat poster artis A pose sama tapi untuk Galaxie mungkin pose yang lain tapi masih dalam photoshoot yang sama. Itu yang buatkan ia tampak esklusif.

Lawati blog Galaxie untuk kemaskini yang baru.

Written by Langit Biru

April 8, 2009 pada 5:04 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: