Langit Biru

Semua orang sudah tahu

09.04.09 Gu Hye Sun serba boleh!

leave a comment »

LAKONANNYA dalam drama bersiri popular Boys Over Flowers sebagai Geum Jan-di membuat nama aktres Gu Hye Sun berada di puncak.

Gu Hye Sun

Gu Hye Sun

Namun, bakatnya tidak tertumpu pada bidang lakonan semata-mata kerana graduan Seoul Art College ini mempunyai banyak bakat seni yang lain.

Selain berlakon, aktres yang berusia 25 tahun ini juga boleh menyanyi, melukis dan menulis dengan baik. Malah, dia telah pun menghasilkan sebuah novel yang berjudul Tango, mengisahkan pahit manis cinta berdasarkan pengalamannya sendiri.

Novel yang sudah berada di pasaran Korea sejak 31 Mac lalu bukan sahaja mendapat sentuhan tulisan Hye Sun, tetapi juga setiap ilustrasi dalam buku itu merupakan hasil tangannya yang dibuat ketika dia sedang sibuk dengan penggambaran drama popular tersebut.

Mengembangkan lagi bakatnya, Hye Sun turut menulis skrip dan mengarah sebuah filem pendek. Dia juga yang mahir bermain piano turut menulis sendiri lagu tema filem pendek itu.

“Saya seronok melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa. Apa yang penting saya hanya perlu fokus, jadi perkara yang dianggap susah akan menjadi mudah dan saya seronok melakukannya.

“Seni memang minat saya, dan saya tidak ralat untuk mencubanya satu persatu, walaupun ia merupakan perkara baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

Written by Langit Biru

April 9, 2009 pada 5:05 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: