Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] 08.04.09 Yusuff – Rabu

leave a comment »

Saya tak dapat tengok episod semalam. Takde sape pun nak beritau kat saya ape yang berlaku.

Episod hari ini, Yusuff dah sihat dan kembali ke kampung Mak Mah. Eh, Mak Mah tu dah tak tinggal kat bandar lagi ke. Rasanya Zahila tu sembuh lagi awal dari Yusuff dan dibawa pulang ke kampung Mak Mah. Kemudian setelah Yusuff sembuh, dia melawat Zahila di rumah Mak Mah bersama dengan Maznah. Suka betul Zahila bila melihat Yusuff sihat kembali. Dia amat manja dengan Yusuff dan membelai Yusuff. Maznah memandang dengan rasa tidak senang sekali. Mak Mah pun perasan juga dengan keadaan Maznah itu. Kemudian dia mengajak mereka semua untuk makan tengah hari bersama-sama.

ashraf11Semasa makan, Yusuff berkata yang ingatannya beransur-ansur pulih. Banyak perkara yang dapat diingat tetapi dia tidak nampak kaitan diantaranya. Kemudian masuk pula mengenai Aziz, Zahila masih marah atas apa yang berlaku. Dia berharap sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Aziz.

Yaser sedang menyiapkan kerjanya bila abangnya datang melawat. Tak ingat lah nama abang dia ni tapi yang penagih dadah tu. Dia berkata kepada Yaser kenapa tiada anak lagi sedangkan telah lama berumah tangga. Hanya Yaser seorang sahaja yang boleh diharap untuk meneruskan warisan keluarga. Yaser semacam tak suka jer mendengar perkara itu. Kemudian dia memberitahu abangnya yang isterinya kini telah mengandung tujuh minggu. Tapi sarikata di tv ialah ‘seven months’.

Abang-abang Yusuff mengadakan mesyuarat keluarga kembali dan kini Razam tekad untuk membunuh Yusuff. Yamin mengatakan yang Yusuff masih lagi hilang ingatan dan ini tidak akan mengugat mereka. Tetapi Razam bertegas juga mahu membunuh adiknya itu dalam masa yang terdekat kerana ayah angkat Yusuff iaitu Aziz masih lagi bebas dan ini merupakan peluang yang baik buat mereka. Razam bertanya kepada adik-adiknya siapa yang mahu melakukan tugas itu tetapi semua menolak dengan alasan tersendiri. Yaser ditugaskan tetapi dia tidak sampai hati mahu membunuh Yusuff.

Aziz berjumpa dengan Shirley kawan baik Zahila bertanyakan di mana Zahila berada. Shirley enggan memberitahu kerana ingin melindungi kawan baiknya itu. Aziz menyatakan yang dia tidak bermaksud hendak menembak Zahila tetapi ia berlaku kerana Zahila ingin melindungi Yusuff. Shirley memberitahu perkara sebenar kepada Aziz iaitu Zahila menjadi gila kerana cintanya terhadapa Yusuff tidak berbalas dan Yusuff hanya menganggap Zahila sebagai ibunya sahaja. Kerana itu, Yusuff amat menjaga kebajikan Zahila. Aziz tidak percaya akan semua itu.

Razam dan Yamin di pejabat. Razam merasa tidak puas hati kerana bekas isterinya meminta lagi wang selepas mereka bercerai. Yamin berjanji akan membantu apa yang patut jika diperlukan. Kemudian Razam berkata yang dia mendapat projek untuk melakukan perniagaan senjata api dengan negara luar. Yamin berasa terkejut dan berkata yang itu amat berisiko untuk dilakukan. Tetapi Razam bertegas kerana jika mereka ingin urusniaga itu amat menguntungkan.

Ada beberapa adegan yang saya terlepas. Tapi tadi nampak ada perbualan di antara En. Masdor dan Yusuff.

Yusuff sedang membawa kereta apabila dia menyedari terdapat kereta lain mengekorinya.

Perkataan menarik hari ini.
Keturunan Rabiah, warisan Rabiah dan yang sewaktu dengannya. Kesian Zila masih lagi dalam keadaan yang macam tu.

Akan bersambung…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: