Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] 09.04.09 Yusuff – Khamis

leave a comment »

Episod ini penuh dengan kekacakan Yusuff. OK lah Ashraf Muslim.  :P Kalau-lah ada video drama ini yang boleh dimuat turun dan dalam kualiti yang tinggi akan saya buat re-caps Yusuff untuk setiap saat dia dalam drama ini.

Sambungan dari episod lepas.

Yusuff berada di dalam kereta apabila menyedari terdapat kereta di belakangnya. Kemudian dia keluar dan Bustaman dalam keretanya itu lalu menegur Bustaman. Kesian tengok Bustamam ni sebab dia ni nampak baik orangnya tapi terjebak dengan perangai jahat abang-abangnya itu. Watak dia dalam ni memang berkelip mata ke atau dia memang macam tu. Bustaman bertanyakan khabar Yusuff, bertanyakan pasal perniagaan mereka. Kemudian Bustaman terlepas cakap membahasakan dirinya abang kepanda Yusuff. Terkejut sekejap Yusuff mendengarnya.

Yusuff keluar mencari rumah keluarga kandungnya bersama dengan Maznah. Kemudian mereka berehat sebentar. Yusuff menyatakan yang dia akan masuk meminang Maznah tidak lama lagi. Lepas tu Yusuff bertanyakan adakah abang Maznah bersetuju di atas keputusan itu kerana En. Masdor tidak mahu Yusuff menjadi adik ipar kerana latar belakang Yusuff yang masih tidak jelas. Sebelum itu Maznah dan abangnya bertengkar mengenai perkara ini.

Yusuff pergi ke rumah Mak Mah untuk mengajak mereka menjadi rombongan meminang Maznah. Pengsan Zahila apabila mendengar berita itu. Dia tidak mahu makan dan minum kerana rasa sedih sangat. Dia mencintai Yusuff sepenuh hati tetapi Yusuff tidak menaruh perasaan kepadannya dan hanya menganggap Zaliha seperti ibunya sendiri.

Bustaman melawat bapanya di kampung dan memberi nasihat mengenai perkara yang akan berlaku terutama mengenai kes laporan kehilangan Yusuff. Kemudian, dia terlepas cakap yang Yusuff masih hidup. Bustamam memberitahu yang dia akan menjadi ayah tidak lagi. Si ayah hanya mampu menasihatkan supaya berhati-hati.

Adakah watak Jalaludin Hasan mempunyai kuasa psikik. Saya rasa anak yang dikandung oleh isteri Bustamam bukan anak dia tetapi anak Yazer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: