Langit Biru

Semua orang sudah tahu

10.04.09 Makan-makan 1

leave a comment »

Saya pergi makan makanan Korea bersama-sama dengan kawan saya. Restoran ini akan saya pergi 2-3 kali dalam sebulan. Makanan-nya HALAL dan sedap berbanding dengan di medan selera yang ada makanan Korea di Kuala Lumpur.

001

Pori Cha

Anda akan menerima segelas teh barli baik saja anda sampai dan anda boleh tambah banyak kali.   Tapi rasanya memang lain dari air barli yang selalu kita minum tu. Tapi kalau nak air yang lain tu ada jugak. Terdapat juga air tin dan air buah.

Ojingeo deopbap

Ojingeo deopbap

Inilah makanan yang saya pesan hari tu. Sedap. Nama makanan ini ialah Ojingeo deopbap. Terdiri daripada bawang, daun bawang, lobak merah yang digoreng bersama dengan sotong yang telah dipotong dengan sos cili merah. Dihidangkan bersama dengan nasi, kimchi, sayur dan sup.

Kalau ikut cakap melayu-nya. Ini ialah nasi dan sambal sotong dengan sayur. Nama rekaan yang dicipta oleh saya. Jangan nak ambil pula. Kalau tengok dari kotak tu. Sambal sotong atas sebelah kanan, kiri ialah sayur panjang dan kentang, kotak bawah ialah nasi dan kimchi. Kimchi wajib ada dalam setiap hidangan. Atas tu ialah sup rumpai. Disediakan sekali dengan chopstick dan sudu. Sudu tu tak sama dengan yang biasa kita gunakan.

003

PanJeon

Di sebelah ini pula ialah makanan yang dipesan oleh kawan saya. Ini ialah PanJeon iaitu telur dadar yang ada inti sotong dan daun kucai. Nampak tak. Disertakan sekali dengan kicap masin dan cili hijau potong untuk cicah.

Ya, ini memang untuk dua orang. Tak percaya.


Written by Langit Biru

April 12, 2009 pada 5:02 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: