Langit Biru

Semua orang sudah tahu

10.04.09 One In A Million 3

leave a comment »

Saya tidak pernah mengikuti rancangan ini secara langsung baik untuk musim 1 & 2. Saya tau Faizal Tahir peserta dari musim pertama. Tapi tetapi ambil tahu juga mengenai perkembangan rancangan ini. Mungkin sebab saya ada benda lain yang dilakukan pada waktu tersebut. Untuk musim yang ketiga ini, saya menonton persembahan dari Youtube sahaja.

Untuk minggu ini, para peserta dikehendaki menyanyikan lagu Sheila Majid. Minggu ini juga ialah minggu TOP 5 di mana hanya 5 peserta sahaja yang akan membuat persembahan. Simon telah tersingkir pada minggu ini.

Simon – Ku Mohon

Suara sedap. Mungkin sebab baru diumumkan tersingkir. Suara tu dapat dengar sebak dan resak sikit. Lirik juga diubah ke English.

Amylea – Dia

Comel kali ni. Baju merah jambu lagi. Rambut pun sama. Mungkin sebab lagu ni lain genre dari yang selalu dia bawa memang nampak lah perubahannya.

Nine – Pengemis Muda

Bawa gitar untuk persembahan. Rancak jugalah. Setuju dengan pendapat Sheila Majid.

Esther – Lagenda

Bawa blues style. Memang menarik tapi ada bahagian yang sekejap kuat dan perlahan tu yang buat keliru sikit. Selama ni dia nyanyi lagu English jer. Tahniah kerana bawa lagu ini dengan baik.

Aweera – Antara Anyer dan Jakarta

Dia buat rambut lepas dan luruskan patut lah tak cam. Sebelum ni rambut dread-lock. Baju pun lain.

Tomok – Aku Cinta Padamu

Ni lagu kegemaran saya. Memang dah agak dia akan buat ala rock sikit. Pakaian dan muka bagus. Siap pakai eyeliner sekali. Sekali pandang ingatkan saya kepada vokalis band dari Korea.

Secara keseluruhan, persembahan bagus. Komen juri juga kadang-kadang tu betul. Mungkin sebab saya tiada pengetahuan dalam muzik, tak boleh nak komen lebih-lebih. Pilihan minggu ini mestilah Tomok. Memang pilih kasih betul.

Written by Langit Biru

April 12, 2009 pada 5:03 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: