Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV2] 11.04.09 Amanah Karmila – Sabtu

leave a comment »

Episod akhir drama ini. Jumaat saya tak tengok. Ada banyak lah yang tertinggal dan keliru sikit. Pengakhiran cerita macam dibuat terburu-buru. Entahlah saya tak tau. Malas nak ulas panjang-panjang. Ambil yang penting dan yang masih ingat lagi je.

* Rupanya anak Herman dan isterinya itu ialah anak angkat tetapi sebenarnya anak Herman bersama Karmila. Kecilnya dunia. Mungkin setelah mengetahui perkara sebenar isteri Herman tidak membenarkan anak itu berjumpa dengan Karmila.

* Peguam Karmila minat kat dia rupanya. Patut lah sanggup tolong habis-habisan. Lokman pun dah balik dari London tapi lagi teruk keadaan nya. Bukan kesihatan tapi penampilan. Datin Syarmila pula kesihatan makin merosot tapi dia dah berubah dari segi sikap.

* Isteri Herman bertegas tidak mahu memberi Karmila berjumpa dengan anaknya sebab dah terlalu sayang. Kebetulan mereka berjumpa di luar restoran dan Karmila merampas anaknya itu lalu membawa pulang.

* Karmila cuba bermesra dengan anaknya itu tetapi anaknya itu tidak mahu. Makan pun tidak mahu. Ini menimbulkan kerunsingan kepada Karmila dan Mak Ngah. Apabila melihat anaknya itu, Mak Ngah mula rasa bersalah dan cuba memujuk Karmila. Mungkin Mak Ngah ini terlibat sama dalam memberi anaknya kepada orang lain.

* Keesokan paginya, Karmila pergi ke tempat kerja dan meninggalkan Mak Ngah bersama dengan anaknya. Mak Ngah memujuk anaknya itu untuk bersarapan lalu pergi membuat kerja rumah. Anak itu mengambil peluang itu melarikan diri dari rumah.

* Mak Ngah segera memberitahu Karmila dan dia memberitahu Herman. Mereka mencari sekitar di rumah Karmila dan kemudian bertemu dengan seseorang yang telah berjumpa dengan anak itu. Karmila membenarkan anak itu pulang kepada Herman dan isterinya.

* Adegan akhir sekali, Karmila meninggalkan Kuala Lumpur bersama Mak Ngah untuk pulang ke kampung dan meninggalkan surat kepada Herman dan isterinya.

Macam tengok drama Wulan pula rasanya. Karmila berubah betul bila tahu mengenai anaknya itu. Dari Karmila yang lemah lembut, tidak tinggi suara tiba-tiba menjadi garang dan sebagainya. Takkan akhir drama macam tu je. Takde ke tunjuk yang anak Karmila tu terima maknya ke ape. Aish… memang macam nak cepat je akhir drama ni sedangkan sebelum ni semua ada kesinambungan.

Wah, Elly bukan orang Kelantan kan? Tapi gaya cakap memang percaya lah dia ni dari Kelantan.

Written by Langit Biru

April 13, 2009 pada 5:04 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: