Langit Biru

Semua orang sudah tahu

14.04.09 Bencinta – Benci Campur Cinta

leave a comment »

Teks oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2009: Kalau anda melihat ABPBH 2008 kelmarin, anda mungkin telah melihat imej rambut pendek kemas terbaru Faizal Tahir. Dengan iringan gendang-gendang Cina, Faizal tampil menyanyikan single terbarunya Bencinta dengan cukup bersemangat. Bencinta? Ya… bukannya Bercinta.

Image Hosted by ImageShack.us

“Benci campur cinta atau love and hate. Sudah selalu kita dengar terma itu dalam sesuatu hubungan tetapi kita tidak pernah dengar ia dalam sesebuah lagu. Memandangkan saya sukakan kelainan dalam apa jua perkara, hal yang sama turut saya praktikkan dalam penulisan lirik lagu saya.

“Misalnya dalam lagu Coba. Anda dapat hayati sendiri bagaimana saya membuat interpretasi tentang situasi seseorang yang sanggup bersusah-payah untuk seseorang yang disayanginya tetapi apabila seseorang itu sudah menemui pengganti, dia telah diketepikan begitu saja,” katanya.

Jelas Faizal lagi, lirik baginya memainkan fungsi yang penting dalam pembentukan sesebuah lagu.

“Sesebuah muzik yang bagus harus mempunyai lirik yang bagus kerana kedua-dua saling melengkapi di antara satu sama lain. Saya gembira kerana dapat menghasilkan single pertama seperti Bencinta untuk album kedua saya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

“Kolaborasi bersama Audi Mok tetap diteruskan tetapi kali ini saya terbabit sepenuhnya dalam pembikinan setiap muzik dan lirik sesebuah lagu dalam album kedua saya. Bukan macam dulu apabila muziknya lebih banyak dibuat oleh Audi dan lirik pula daripada saya,” katanya.

Apapun kata Faizal, banyak yang dipelajarinya daripada Audi yang bertindak selaku produser dalam album pertamanya dulu.

“Kali ini bukan saja saya dapat buat muzik dan lirik lagu tetapi juga berpeluang untuk mencetuskan guitar work saya sendiri dalam album ini. Dulu untuk bahagian gitar kita banyak menggunakan khidmat sessionist. Sekarang ini, peluang itu datang pada diri saya sepenuhnya,” kata Faizal.

Menceritakan pula tentang proses pembikinan album keduanya, Faizal berkata, buat masa ini dia dan Audi banyak menghabiskan masa di studio rakaman untuk menulis lagu.

Selain itu, Faizal juga mengulas tentang imej rambut pendeknya itu. Dia sedar tidak semua pembaharuan yang dilakukannnya disenangi oleh ramai pihak.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa fesyen rambut seperti itu sama sekali tidak begitu kena  dengan imej dan penampilan sebagai seorang rocker. Persoalannya, apa motif sebenar Faizal?

“Perubahan ini sebenarnya tidak membawa maksud apa-apa sebaliknya, saya hanya mahukan kelainan dan kesegaran. Kalau asyik-asyik dengan rambut panjang pun bosan juga. Sesekali kita kena juga tukar imej. Kebetulan pula, saya baru saja keluar dengan single Bencinta. Jadi, sesuai benarlah dengan waktunya,” katanya.

Sumber: Murai.com.my

Written by Langit Biru

April 14, 2009 pada 5:01 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: