Langit Biru

Semua orang sudah tahu

12.04.09 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008)

leave a comment »

Adakah anda berpuas hati? Saya nak ucapkan tahniah kepada para pemenang. Anda memang layak. Saya taknak komen sebabnya saya tidak mengundi. Lain lah kalau saya ada undi kan.

ABP ini lebih kepada populariti. Maksudnya para pemenang ni menang atas undian pengundi dan peminat 100 peratus. Kalau tak suka orang tu, takkan nak undi pula kan. Anugerah ni pun dah jadi batu aras untuk penaja dan juga orang dalam industri untuk mengambil para artis ini bekerjasama dengan mereka.

Ini komen saya sepanjang menyaksikan anugerah ini.

Adlin dan Sharifah Shahira jadi pengacara memang kelakar. Baru perasan yang Shahira ini mengandung. Mereka berdua pakaian berwarna merah jambu. Adlin kot putih dan bowtie berwarna pink cair. Gaun pink tu cantik tapi yang ropol dekat dada tu yang kurang sikit. Lepas iklah pertama baru nampak yang ropol tu dah dinaikkan. Ada orang tegur kot. Separuh masa kedua mereka bertukar baju berwarna biru kehijauan. Baru lah nampak sesuai sikit dengan Shahira ni. Menutup apa yang patut. Ni pertama kali kot sebab tu rasa janggal sikit. Skrip yang dibaca tu mungkin ditujukan kepada orang industri tapi bagi penonton yang tak tau apa-apa ni. Haru jugalah nak faham.

Image Hosted by ImageShack.us

Farah Fauzana & Faizal Ismail Anugerah Pengacara Popular

Ini anugerah yang paling ramai calon dan pemenang tak datang sebab ataupun mereka mengalami penyakit yang sama iaitu mengandung, bersalin dan dalam pantang. NurKhiriah, Dynaz (dengar keguguran), Erra Fazira, Linda Jasmine, ada lagi yang saya tinggal.  Hampir semua celoteh pengacara mengenai mereka inilah.

Persembahan pembukaan oleh Anita Sarawak dan Stacy. Persembahan Anita menarik. Siap ada tendangan tinggi. Dia seorang sahaja yang menari. Penguasaan pentas bagus. Stacy pun menarik juga. Dia ni menari pun memang semangat. Tak dengar lah semput tu. Ingatkan adalah kolaborasi antara mereka tetapi tiada.

Persembahan Aizat ok. Pakaian dia hari ini lagi elok dari Anugerah Juara Lagu yang lepas. Baju ditajakan kenalah ikut. Rambut berapa tak menjadi. Macam nak ikut style Tomok je.

Farah Asyikin membuat persembahan memang menarik. Ada para penari. Memang masuk lah. Tapi pakaian dia yang tak masuk dengan penari. Ringan ke dia sampai nak kena angkat dua kali. Nasib baik lah kamera tak fokus sangat.

Mawi dah tumbuh atau nak simpan rambut. Macam Nunu dari drama Wulan. Ekin pakai abaya blink-blink. Memang cantik. Gementar kot cakap depan orang ramai. Beberapa kali jugalah baru OK.

Kumpulan Kristal menyanyikan lagu 60-an dalam segmen medley pop yeh yeh yang menggabungkan  Datuk A Rahman Hassan, L Ramlie dan Jeffry Din.

Farid Kamil dan rambutnya yang tidak terurus tu tidak menarik langsung. Adakah dia sedang menyimpan rambut untuk projek terbaru. Nabil dan rambut Gun Jun Pyo, sempat pula peluk Irma aka teman wanita dia semasa diumumkan pemenang Bintang Popular.

Rosyam Nor nampak matanya merah semasa menerima anugerahnya.

Diddy Hirdy,  Sarah Raisuddin,   Ayu (One In A Million), berduet dengan Raja Pop, Jamal Abdillah dalam persembahan medley. Tapi cuma Diddy je yang tak berduet.

Hujan membuat persembahan dengan lagu Dugaanku. Ingatkan nyanyi lagu baru tu. Tapi nampak macam tak selesa je Noh menyanyi. Tak sihat ke. Band Meet Uncle Hussein menang. Lan dengan rambut baru nyer.

Image Hosted by ImageShack.us

Raptai

Image Hosted by ImageShack.us

Persembahan

Siti Nurhaliza membuat persembahan dengan lagu di Taman Teman. Memang lawa habis lah dia ni. Macam buat persembahan untuk Juara Lagu pula.

Saya tengok kat rumah tak boleh lah nak dibandingkan dengan kat Genting yang secara langsung tu. Tapi kamera nak kena komen. Kesian pengacara sebab masa dia cakap kamera fokuskan kepada penonton dan nanti muncul gambar kat skrin besar.

Persembahan terbaik untuk malam itu pada pendapat saya ialah di tempat ketiga Datuk Siti Nurhaliza, kedua Farah Asyikin dan tempat pertama mestilah Faizal Tahir.

Sebenarnya saya berharap yang David Archuleta akan datang untuk membuat persembahan. Tapi itu hanya mimpi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: