Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] 14.04.09 Yusuff

leave a comment »

Selasa 14.04.09

Tidak tepat tekaan saya mengenai kandungan isteri Bustamam. Kenapala drama ni setengah jam saja. Saya tak suka trailer satu saat yang ada muka Yusuff dan perkataan Yusuff tu. Entah kenapa tak suka. Nanti saya fikir balik.

Dimulakan dengan adegan Benji keluar masuk bangunan. Tak tau sama ada dia mencari kerja atau menyambung pelajaran.

Lepas tu, Zahila nak tinggalkan Kuala Lumpur untuk hidup berdikari. Dia memohon kebenaran dari Mak Mah. Sedihnya tengok. Yelah, dia ni bukannya jahat pun cuma mengikut perasaan. Selama ni dia bergantung hidup pada Aziz, kemudian Yusuff dan dengan sokongan Mak Mah.

Selepas Zahila pergi, Yusuff hendak mencari dia sebab menyangka yang ini dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian Yusuff. Dia juga risau akan keadaan Zahila yang tidak stabil itu. Tetapi setelah Mak Mah menjelaskan tujuan sebenar Zahila bertindak sedemikian barulah Yusuff berasa tenang sedikit.

Di pejabat, Yusuff berbincang mengenai perniagaan dengan En. Masdor. Dia ingin membuat usul perniagaan untuk membantu orang miskin seperti yang dipelopori oleh seorang usahawan di Bangladesh. Ini memang betul berlaku. Saya pernah baca di surat khabar. Maznah ada sekali semasa perbincangan in. Yusuff kemudian berkata bahawa dia ingin membawa rombongan merisik Maznah, Encik Masdor menyuruh datang.

Benji dah mula bekerja. Tekalah di mana. Dia bekerja di syarikat En. Masdor dan di bawah jabatan Yusuff. Penyelia kumpulan itu memperkenalkan Benji kepada Yusuff dan mereka sarapan bersama. Yusuff memberi galakan kepada Benji untuk terus maju dan berusaha dalam hidup. Wah, ada dua lelaki yang comel. Benji berada di rumah dan memberitahu mengenai peristiwa itu kepada ayahnya. Majikannya bernama Yusuff dan bila berjumpa sahaja hatinya berdebar-debar. Skrip yang amat salah sekali. Patutnya kalau untuk bercinta logik juga. Ayahnya berasa terkejut mendengar berita itu.

Maznah dan Yusuff makan bersama kemudian bercerita mengenai Zaliha. Selepas itu mereka pergi membeli-belah.

Bustaman di rumah tidak senang duduk setelah mengetahui bahawa Yusuff akan dibunuh. Dia segera menelefon Yaser dengan alasan ada orang ingin membelasahnya. Pada masa yang sama, Yaser sedang mengekori Yusuff. Yaser segera pergi ke rumah Bustamam. Abang yang baik. Tapi setelah mendapati tiada apa yang berlaku. Bustamam memujuk Yaser jangan bunuh Yusuff kerana dia adik mereka dan apa entah lagi yang saya tidak ingat. Setelah itu, Yaser berkata sesuatu yang menyebabkan Bustaman menumbuk Yaser. Iaitu Yaser memberitahu bahawa anak dalam kandungan isteri Bus ialah anak Razam.

Terkejut Bus mendengarnya lantas dia segera membawa isterinya untuk berjumpa dengan Razam. Dia ingin penjelasan dari abangnya. Razam ingin menghubungi doktor untuk membuat ujian DNA untuk pengesahan mengenai anak dalam kandungan isteri Bus.

Boleh dijangka. Sama ada Razam rasuah doktor ataupun Bus berubah fikiran. Tapi kasihan Bustaman. Baik orangnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: