Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] 15.04.09 Yusuff

leave a comment »

Baru saya perasan, muka Ashraf Muslim macam muka Dr. Sheikh Muzaffar dari pandangan sisi.

Razam nak buat DNA untuk buktikan siapakah ayah bagi anak dalam kandungan isteri Bustamam itu. Isteri Bus dah macam takut je. Ape entah yang Razam cakap sampai isteri Bus memaksa Bus menarik balik buat pemeriksaan itu. Elok je doktor tu nak keluar Bus macam nak cakap sesuatu.

Benji macam dah dapat sesuaikan diri di pejabat.

Razam jumpa Yaser mengenai apa yang Bustamam cakap. Masa tu Yaser tengah gian baru lepas hisap dadah. Dia agak takut bila mendengar ugutan Razam terhadapnya. Lepas tu dia menganggap tiada apa yang berlaku.

Benji di pejabat bila dia terserempak dengan Yusuff. Dia bertanyakan latar belakang Yusuff kerana terdapat persamaan Yusuff dengan latar belakang abangnya yang hilang itu.

Maznah tidak sabar akan kehadiran rombongan Yusuff ke rumahnya. Kemudian, setelah rombongan itu datang, En. Masdor menolak pinangan rombongan Yusuff kerana dia tidak tahu asal usul keluarga Yusuff yang sebenarnya. Dia tidak mahu adiknya bersama dengan orang yang tidak tahu asal usulnya. Panas hati je rombongan Yusuff itu. Maznah rasa sedih dengan apa yang berlaku.

Keesokan harinya Yamin datang ke pejabat En. Masdor dan terserempak dengan Benji yang berada di sana. Kemudian Yamin tiba di pejabat En. Masdor dan mereka berbincang mengenai urusan perniagaan sekali dengan Yusuff. Sebelum Yusuff tiba, Yamin berkata sesuatu mengenai Benji.

Maznah dan Yusuff makan bersama. Maznah rasa marah dengan apa yang berlaku. Yusuff menyuruh Maznah agar bersabar dan berharap yang mereka akan mendapat berita mengenai ibu bapa Yusuff. Maznah mengajak Yusuff untuk kahwin lari tetapi dibantah oleh Yusuff kerana dia tidak ingin berbuat demikian dan merosakkan nama keluarga masing-masing.

Benji telah dibuang kerja atas alasan yang tidak munasabah. Saya memang rasa ini angkara Yamin. Kemudian Benji pulang ke kampung dan memberitahu ayahnya apa yang berlaku. Yaakob iaitu ayah Benji berasa sedih dan kecewa atas tindakan anak-anaknya yang sanggup bertindak kejam ke atas adik mereka sendiri.

Yaakob bercadang untuk meninggalkan kampung itu supaya mereka berdua tidak lagi diganggu oleh Razam dan adik-adiknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: