Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] 16.04.09 Matahari

leave a comment »

16.04.2009 Khamis

Rahsia telah terbongkar. Memang tak sangka betul lah. Pertama kali di TV Malaysia. Takpun ini pertama kali saya perasan. Seperti biasa, saya akan buat ulasan selari hanya untuk adegan pasangan kegemaran saya di dalam drama ini buat masa ini. Mana tau episod akan datang akan ada lagi pasangan yang menarik minat saya.

Image Hosted by ImageShack.usArina mengetahui rahsia sebenar Dr. Syafiq secara langsung. Arina pergi ke hospital di mana MakNgahnya dirawat. Kemudian, dia pergi berehat sebentar di bilik Dr. Syafiq. Dia ternampak diari Dr. Syafiq yang mengandungi gambar Ashraf dalam pelbagai aksi yang menarik.

Terkejut lah Arina tu sebab kenapa pula ada gambar Ashraf. Lainlah kalau gambar pesakit ada luka atau sebagainya. Kemudian dia keluar dari bilik itu dan nampak Dr. Syafiq masuk bilik pemeriksaan dan dia ternampak Ashraf dalam bilik itu. Apa lagi terus lah si Ari ni pergi ke bilik itu dan melihat suaminya dan lelaki lain sedang berpeluk.

Arina balik ke rumah dan mengemas barang serta ingin keluar rumah. Terkejut mak mertua-nya tapi Ari tidak memberitahu perkara sebenar yang berlaku. Bayangkan kalau mak mertua tahu bahawa anak lelaki kesayangannya itu sebenarnya biseksual. Hilang arah kejap Dr. Syafiq bila tahu Arina sudah tahu rahsianya itu.

Sekarang ni saya nak tau apa jadi kat Ashraf dan Fahrin Ahmad.

Tinggalkan komen